Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,
Terbina Peribadi...
January 03, 2011
January 07, 2010
Agenda 2010...Keluarga Bahagia
"Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan
jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." (Al-A'raf: 144)
Kakak tolong adik ye...Baik hati kakak ni. Bijak MEMBERI.

Tersengih-sengih Abang minta maaf, tahu diri tu salahkan. Sabar Angah...Memberi maaf itu indah!
(walaupun cuka pun tak semasam muka Angah tu..he3). Cubaan...
Apabila nyawa sedang di badan, ketika itu Tuhan menilai kebijaksaanaan insan. Tatkala nyawa terpisah dari tubuh, luruhlah segala milikan, menunggu detik dihisab amalan.
Kebijaksanaan insan bergantung kepada pilihan. Cara hidup mana menjadi amalan, bukan lah sekadar kebetulan. Tetapi bersandarkan ilmu dan kemahiran. Bagaimana melaksana tugas khalifah, memakmur bumi dengan syariat Tuhan.
Pilihan itu perlu dibuat sekarang...sekarang. Bukan di depan Tuhan nanti. Pilihan sekarang akan menentukan nasib badan di negeri abadi itu. Jika impikan syurga yang damai mewah itu, jalan ke syurgalah yang perlu diterokai.
Peace...2010 and ahead!
Ceria bersama Mawaddah...
" Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkankannya." (Al-Lail: 19-21)
October 04, 2009
Misi Menjalin Ukhuwwah Menjana Taqwa

“Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhori dan Muslim
Misi Menjalin Ukhuwwah Demi DIA
- Cinta semata-mata kerana Allah: Kerana tidak ada kepentingan duniawi di sebaliknya. Allah berfirman di dalam hadis qudsi: Orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku bagi mereka mimbar-mimbar daripada cahaya, mereka dicemburui oleh para nabi dan orang-orang yang mati syahid (syuhada’).
- Berlapang dada: Ia adalah cara yang sangat berguna supaya dapat menerima apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa rasa dengki, benci, berniat jahat atau buruk sangka. Begitu juga, supaya kita mampu bersangka baik terhadap saudara-saudara kita. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu saling memutuskan hubungan, saling belakang membelakangi, saling benci membenci serta saling berdengki, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara, tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga (hari).
- Saling nasihat menasihati dan berpesan-pesan: Sesungguhnya seorang Muslim itu tidak melalui jalan yang aman, akan tetapi dia menempuhi jalan yang penuh dengan kesusahan, liku-liku, halangan dan tipudaya. Selain itu, syaitan manusia dan jin sentiasa menggangu dan menggodanya. Justeru, di dalam menempuhi jalan tersebut, dia sangat memerlukan teman yang mendidik, membimbing, menasihat dan mengingatkannya ketika terlupa dan membantunya ketika ingat. Benarlah firman Allah S.W.T. : “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, dan berpesan-pesan pada kebenaran jua berpesan-pesan pada kesabaran.”
Namun begitu, kita perlu menitik beratkan beberapa adab di dalam memberi nasihat dan pesanan:
- Memberi nasihat dalam keadaan tersembunyi dan bukan di khalayak ramai.
- Berhikmah (sesuai dengan keadaan) dan menggunakan kata-kata yang baik.
- Berlemah lembut di dalam memberikan nasihat.
- Mengetahui kebaikan dan kelebihan saudara kita: Allah berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu lupa kebaikan di antara kamu.” (Al-Baqarah). Seseorang itu akan mampu menyayangi, menerima dan mematuhi seseorang yang lain dengan mengetahui kelebihan dan kebaikan yang terdapat padanya.
- Berterus terang: Kerana ia mampu menghilangkan perasaan-perasaan yang boleh mengeruhkan ikatan ukhuwwah dengan syarat ia dilakukan dengan adab-adabnya dan cara yang betul. Justeru, seorang Muslim seharusnya berterus terang dengan saudaranya tentang apa yang terdapat di dalam hatinya kerana mungkin dengan cara itu dia dapat menyembuhkan keresahan hatinya yang pasti akan memberi kesan kepada kelapangan dadanya.
Kita seharusnya mengambil pengajaran tentang perkara tersebut daripada sirah Baginda Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabatnya. Semasa Bai’ah Aqabah yang kedua, Abu Haisam bin Attihan berterus terang serta meminta pandangan daripada Rasulullah tentang sesuatu yang berlegar di fikirannya lalu dia berkata: Wahai Rasulallah, sesungguhnya kami mempunyai hubungan sebelum ini dengan orang-orang Yahudi dan kami akan memutuskannya. Justeru, jika kami melakukan sedemikian, kemudian Allah mengurniakan kemenangan kepadamu maka adakah engkau akan meninggalkan kami? Lalu Nabi S.A.W. menjawab sambil tersenyum: Bahkan darah, darah dan kebinasaan, kebinasaan (bagi orang-orang Yahudi). Aku adalah di kalanganmu dan kamu semua adalah di kalanganku, aku memusuhi sesiapa yang kamu musuhi dan tidak akan memusuhi sesiapa yang kamu tidak musuhi.”
- Bertolak ansur dan berlemah lembut: Ia seharusnya menjadi akhlak seorang pejuang Islam walaupun terhadap orang yang menzaliminya.
Salam Ukhuwwah
~Ummu Ihsan
September 20, 2009
Graduasi Universiti 'Ramadhan'...Sijil Dekan?
1 Syawal-Konvokesyen Universiti 'Ramadhan'Berjaya bagi pelajar-pelajar yang telah mengharungi cabaran-cabaran dengan penuh persediaan secara mental, fizikal dan spiritual. Keluar dari Universiti 'Ramadhan' dengan segulung ijazah 'ketaqwaan'. Mabruk!
AWAS!
Tetapi, Awas! Jangan tertipu dengan mudah berpuas hati dengan kejayaan melaluinya. Berjaya ini jua perlu diukur pada pencapaian 'CGPA'nya. Lulus dengan cukup makan, atau 3.0 pointer atau pemegang anugerah Sijil Dekan? Adakah sama bagi yang lulus cukup makan dengan pemegang anugerah Sijil Dekan? Fikirkan...
Apapun tahap kelulusan yang diperolehi, ianya sangat bergantung kepada persediaan rapi yang disusun sebelum melangkah masuk Universiti ini. Persediaan dari segi bahan mentahnya...ilmu. Dan bahan mentah ini akan diadun bersama ramuan-ramuan lain seperti mujahadatun nafs, muraqabah dan muhasabah agar tercanai menjadi amalnya. Nampak seakan rumit. Itulah...High Risk; High Return! Kemanisannya hanya akan dirasai oleh mereka yang berjaya menempuh kepahitannya. Mana mungkin ubat yang pahit boleh memberi kesan selagi tidak dijamah secara berjadual dan disiplin. Hmm...Falsafah nampaknya.
Kita semua adalah pelajar-pelajar yang telah melalui tempoh pengajian di Universiti 'Ramadhan' sesi ini. Maka muhasabahlah diri, tentukan gagal atau berjaya, jika berjaya pula, koreksilah di tahap mana kelulsan kita. Jika gagal...Tepuk dada; Janalah Iman! Kekurangannya tidak lain tidak bukan pada tahap iman dalam diri. Adakah sekadar iman taklid seumur hidup? Atau kita menghadapi krisis 'keyakinan' terhadap perintah Tuhan yang penuh hikmah untuk kehidupan dunia dan akhirat ini...Yang mana satu?
Ummi ingin menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan pembaca di luar sana. Universiti 'Ramadhan' ini hanya terbuka setahun sekali sahaja. Jangan kita memilih menjadi orang-orang yang rugi apabila melaluinya dengan kegagalan demi kegagalan. Setiap tahun yang berlalu, semakin dekat saat nyawa bercerai dari jasad. Pada saat itu, tidak berguna dunia dan isinya, kecuali amalan yang ikhlas dapat menemani kita di sana...
Mari kita hayati bait-bait senikata lagu favourite Ummi di bawah dan renungkan...
Menanti Di Barzakh
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Ke dalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Kumerintih, Aku Menangis,
Kumeratap, Aku Mengharap,
Kumeminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
~Ummu Ihsan
1 Syawal 1430H
July 20, 2009
Solar Eclipse...


According to Wikipedia : a solar eclipse occurs when the moon passes between the Sun and the Earth so that the Sun is fully or partially covered. This can only happen during a new moon, when the Sun and Moon are in conjunction as seen from the Earth. At least two and up to five solar eclipses can occur each year on Earth, with between zero and two of them being total eclipses. Total solar eclipses are nevertheless rare at any location because during each eclipse totality exists only along a narrow corridor in the relatively tiny area of the Moon's umbra.
Well, as I heard this morning while driving to school, tomorrow- 22 July 2009 some Asia countries will be able to see a natural phenomenon: a solar eclipse. Subhanallah, all praise be to Him, the Almighty who is controlling every single thing in this world and things up there.
For us Muslims, we are encouraged to observe 'solat sunat gerhana', and better in congregation at the mosque as normally there will be a 'khutbah' recitation. It is highly encouraged to observe these two 'ibadah' as it is 'sunat muakkad'.
I believe this is a sign from millions signs of God's creation. Through this kind of natural phenomenon, we could evaluate our own belief towards His power in controlling all worldly things, it is just the right time to measure the deepness of our 'tauhid rububiyyah'. Are we always with Him? Have we thanked Him for everything we got in this world?
So...I am telling myself and inviting all out there, come let us be thankful to Him and instill a 100% belief to His power in our heart. Everything is possible when He says 'Kun'!
Subhanallah!
July 19, 2009
Buah Tangan Terbaru Tuan Guru.
Baru-baru ini telah diadakan Majlis Pelancaran Buku Terbaru Tuan Guru : Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya dengan Penyakit & Pengubatan. Isu makhluk halus ini tidak asing dalam kalangan masyarakat terutamanya budaya dan adat Melayu itu sendiri. Bermacam-macam andaian dan gambaran dibuat dan akhirnya berubah menjadi kepercayaan generasi turun temurun. Sayangnya, tidak semua andaian dan gambaran tersebut benar, malahan ada yang tersasar jauh daripada landasan Quran dan hadith.
Marilah kita bersama-sama cuba memahami isu ini secara benar melalui landasan sahih yang dituntut, iaitu Quran dan Hadith. Justeru, buku terbaru Tuan Guru ini sangat layak dijadikan panduan kita memahami isu ghaib ini. Inilah dia...

Pengasas dan Penasihat Darussyifa’
30 Mac 2009M / 3 Rabiul Akhir 1430H
======================
BAB-2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
BAB-3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
BAB-4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
BAB-5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
BAB-6: PERSOALAN UMUM
BAB-7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS
July 14, 2009
Jodoh..Jodoh..Jodoh

Jodoh ada tiga jenis :Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.
Dialog di atas sangat relevan dan signifikan dengan dunia nyata zaman kini. Semua insan ingin memiliki teman istimewa dan ditemukan jodoh sebagai tanda hubungan yang mantap. Kajian ahli psikologi juga menyebutkan pada tahap umur remaja hingga awal dewasa, setiap manusia berhadapan 'life task' untuk menemukan pasangan intim dan memenuhi jiwa dengan rasa cinta dan dicintai. Kegagalan melepasi tahap ini membawa kesan negatif, seseorang akan membentuk personaliti yang tidak sihat dan cenderung bersifat rendah diri.
Rea
litinya, banyak pasangan yang menyangka telah membina hubungan 'suci', tetapi hakikatnya jodohnya dikelilingi tipu daya syaitan laknatullah. Akhirnya, matlamat utama syaitan mengheret seramai mungkin 'teman' ke neraka tercapai dengan mudahnya. Mudah sungguh kita tertipu lantaran tidak mengenali 'profil' makhluk ini. Iyalah kan...makhluk laknatullah ini tidak mendaftar diri di laman sosial seperti Tagged, Friendster, MySpace dan sebagainya untuk diintai 'profil' mereka. Hanya Jauhari mengenal Manikam...Sedih pula untuk mengakui hakikat wujudnya jodoh jenis kedua. Ramai rupanya manusia di dunia sementara ini melepaskan segala hajat melalui jalan pintas dan tergamak menghalalkan segala cara. Ummi yakin, jodoh sebegini tidak ke mana akhirnya. Bagai mengharap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Natijahnya, makan diri sendiri.
nang dan berbahagialah orang-orang yang berjaya memperoleh jodoh ketiga ini. Daripada sinilah akan terbina rumahtangga mawaddah, sakinah dan rahmah, impian mukmin dan mukminat . Barakah mengelilingi rumahtangga mereka walau terpaksa menempuh jua ujian-ujian peneguh kasih sayang yang berpanjangan. Subhanallah...MasyaAllah, jauh sekali Tuhan daripada sifat zalim. Hanyalah kita sebagai hambaNya tidak mampu menelah dan mentafsir ujian tersebut secara hikmah.
Bagi mereka yang dilanda sindrom rendah diri kerana tidak berjodoh, fahamilah artikel di bawah yang Ummi 'import' daripada Forum eKPKM, Bincang-Bincang Mahasiswa.
Islam memandang kehidupan manusia ini bukan hanya untuk satu dunia sahaja. Ada dunia fana, ada dunia abadi ( akhirat ). Kalaulah benar ada kaedah atau nas yang mengatakan bahawa setiap manusia sudah diciptakan berpasangan, maka pastilah maksudnya perkara ini tidak dibatasi hanya terbatas di dunia sahaja. Jadi mungkin sahaja ada manusia yang akan baru bertemu jodohnya di akhirat.
Bahkan menurut salah satu riwayat, dari sekian isteri Nabi Muhammad SAW di dunia ini, hanya satu yang menjadi jodoh beliau di akhirat. Lantas yang lain bagaimana? Ada nas lain yang menyebutkan bahawa wanita-wanita Syurga akan mempunyai berpuluh-puluh jodoh di Syurga ( setiap orangnya ). Dan di sana nanti tidak akan ada orang yang iri kerana semua akan mendapatkan yang paling ia inginkan.
Syarat bahawa seorang manusia yang belum berjodoh di dunia ini akan mendapatkan jodoh yang prima di akhirat adalah bahawa:
1. Ia manusia yang baik iman dan taqwanya selama di dunia sehingga dapat masuk Syurga.
2. Ia sabar atas ujian Allah di dunia yang telah menetapkannya sebagai bujang di dunia.
Dengan meyakini Akhirat sebagai satu paket dengan kehidupan dunia, maka kita juga akan memahami mengapa ada manusia-manusia yang baik tetapi di dunia ini berjodoh dengan manusia-manusia yang sebaliknya, dan ternyata akhirnya sebahagian diantara mereka bercerai.
Tentang fenomena ini kita yakini bahawa Allah sedang mengujinya dengan orang yang buruk, apakah ia bersabar? Jika Allah berkenan, maka kelak (masih di dunia) Allah akan menggantikan pasangan hidupnya dengan yang baik. Atau kerana kesabarannya di dunia maka kelak Allah akan memberikan ganjaran padanya dengan berlipat ganda. Contoh yang disebutkan Allah dalam Al Quran adalah kisah wanita utama yang bernama Asiah, isteri Firaun (manusia terzalim dan terkafir yang pernah ada). Doanya di dunia ini diabadikan oleh Allah dalam Surah At-Tahriim Ayat 11:
"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"
Asiah tahu bahawa kesabarannya atas ujian Allah menjadikannya isteri orang kafir dan zalim akan mendapat ganjaran di Syurga dan kerana itu ia meminta perlindungan Allah agar tidak kena serangan Firaun dan agar ia diberi rumah di Syurga (sebagai ganti kemuakannya atas istana megah firaun di dunia).
Hikmah mengapa Allah menguji Asiah menjadi isteri orang jahat adalah berhubungan dengan kisah Nabi Musa AS yang lahir dari keluarga miskin yang jika tetap dibesarkan sebagai anak keluarga miskin bukan sahaja tidak boleh mendapatkan pendidikan yang baik yang diperlukannya untuk kelak memimpin umat, namun juga tidak akan punya kesempatan hidup. Adalah Asiah (yang disayangi Firaun) yang memujuk Firaun untuk mengangkat bayi dalam keranjang yang ditemukan di sungai Nil sebagai anak angkat mereka. Padahal Firaun telah memerintahkan membunuh semua bayi bani Israil yang lahir tahun itu kerana sudah mendapat pengetahuan berita (melalui tafsir mimpi) bahawa kekuatannya akan dihancurkan oleh seorang pemuda bani Israil yang lahir di tahun itu. Malah Allah mengirim Nabi Musa langsung ke istananya dan di sana sudah menanti rencana Allah dengan penerajunya adalah Asiah Binti Muzahim (Asiah ini juga bani Israil yang dijadikan gundik Firaun kerana kecantikannya, selama di istana Firaun ia tetap beriman dan ialah yang mendidik Nabi Musa AS bersama budak Maisarah dan ibunda Nabi Musa sebagai ibu susu bayaran).
Kisah ini dapat anda jadikan sebagai pelajaran bahawa Allah lebih mengetahui hikmah-hikmah peristiwa, yang kerana kesabarannya menjalankan takdir Allah di dunia menjadi isteri orang jahat, Asiah malah mendapatkan kurnia diangkat Allah sebagai wanita terbaik sepanjang zaman.
Kisah yang sebaliknya anda temukan justeru di ayat sebelumnya, iaitu tentang jodoh 2 orang Nabi Allah di dunia yang kedua wanita itu adalah wanita terjahat sepanjang zaman (isteri Lut dan isteri Nuh):
"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir ( berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya ), iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ). " Q.S At-Tahriim : Ayat 10
Mungkin ada benarnya bagi sebahagian kisah manusia iaitu bahawa ada manusia-manusia yang sepanjang perjalanan hidupnya sudah diberikan pilihan yang baik di depan mata yang kemudian kerana kekotoran hatinya tidak ia ambil kesempatan itu sehingga terlepaslah kesempatan emas. Wallahu'alam, mungkin sahaja, namun tetap sahaja jika seorang manusia bersabar atas apapun ujian Allah di dunia ini, maka ganjarannya akan ia dapatkan dari Allah.
Yang namanya kejayaan sebagai manusia sebenarnya tidak tergantung dari apakah ia mempunyai jodoh di dunia atau tidak, namun Islam mempunyai paradigma kejayaan yang tidak dapat diselaraskan dengan paradigma kejayaan dari ideologi manapun. Kejayaan adalah "Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka mereka itulah orang-orang yang menang."
Jika ada orang yang mempunyai jodoh orang baik, namun ia sendiri tidak menjadi orang baik, maka contohnya adalah isteri Nuh dan isteri Lut yang keduanya malah menjadi wanita terburuk sepanjang zaman! Sebaliknya jodoh yang paling buruk dan paling zalim bagi seorang Asiah malah ia menjadi salah satu wanita terbaik sepanjang zaman.
Satu lagi contoh wanita terbaik adalah Maryam binti Imran yang menjadi wanita terbaik kerana menjaga kesucian dirinya dan kemudian diberi kurnia anak yang sholeh iaitu Nabi Isa AS.
July 12, 2009
Masa Mengheret Usia
13 Julai 2009...bahagia atau derita? Tenang atau gundah? Gembira atau sedih?
Terima kasih Tuhan...
Terima kasih Tuhan...
Hari ini, 13 Julai 2009 telah berlalu kisah pahit dalam hidup. Alhamdulillah, telah kusimpan dalam kotak berkunci 'masa lalu'. Peninggalan kisah pahit itu rupanya kini menjadi 'harta' berharga yang menemaniku sepanjang hidup. Moga 'harta' itu menjadi saham di akhirat nanti. Saham yang akan kutunaikan semasa menghadap Tuhan.
Terima kasih Tuhan,
Pinjaman usia sementara ini akan kucuba untuk mencapai ihsan dan taqwa. Mampu? Bukan destinasi yang kukejar tetapi proses mencapainya yang utama. Engkau menilai niatnya, Engkau jua mengiktiraf prosesnya. Sampai atau tidak pada destinasinya, kuserah pada ketentuanMu. Dalam usaha menghayati dan menghargai ciptaanMu, aku adalah pencinta alam...therapi paling hebat mengubat jiwa duniawi.
Rintihan Hati Sunnah Rasul
Ya Allah,
BagiMu segala pujian,
Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi,
dan apa-apa yang berada di dalamnya
Ya Allah,
BagiMu segala pujian,
KepunyaanMu seluruh kerajaan langit dan bumi,
dan apa-apa yang berada di dalamnya
Ya Allah,
BagiMu segala pujian,
Engkaulah cahaya langit dan bumi,
dan apa-apa yang berada di dalamnya
Hanya bagiMu segala pujian,
Engkaulah Maha Haq
JanjiMu itu pasti benar,
Pertemuan denganMu adalah benar,
Kata-kataMu adalah benar,
SyurgaMu itu benar, Neraka itu benar,
Para Nabi itu adalah benar,
Muhammad adalah benar,
dan hari kiamat itu benar
Ya Allah,
Hanya untukMu aku menyembah,
Hanya kepadaMu aku beriman,
Hanya kepadaMu aku bertawakkal
Ya Allah,
KepadaMu aku kembali,
KeranaMu aku berjuang,
dan kepadaMU aku berhakim
Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,
Ampunilah dosa-dosa yang aku sembunyikan dan yang aku zahirkan,
dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku sendiri
Engkaulah yang menyegerakan ,
dan Engkaulah yang mengakhirkan,
Tiada Tuhan selain Engkau,
Tiada daya dan kekuatan melainkan kerana Engkau,
Ya Allah...
-Hadis diriwayatkan oleh Bukhari
(Doa Nabi Muhammad semasa Baginda bangun tidur bagi bersolat tahajud)
July 01, 2009
Masa itu Kita?
Oleh itu, jangan biarkan diri kita tenggelam dalam dunia masa lalu yang kelam dan perit, laluilah keperitan itu dengan hasrat DIA kurniakan kita pahala redha dan sabar. Jangan bimbang, DIA MAHA PENYAYANG, ada perkara yang lebih baik menanti kita di hadapan. Yakinlah! Jika masa lalu kita penuh dengan kebahagiaan, maka bersyukurlah dan mohon padaNYA dikurniakan rezeki dan dijauhkan dari fitnah.
Hakikatnya dalam hidup kita yang sementara ini, satu ujian yang DIA turunkan seperti sakit, kecewa atau sebagainya adalah tidak dapat dibandingkan dengan 'infiniti' nikmat yang DIA telah berikan pada kita. Nikmat Islam, nikmat iman, nikmat bernafas, nikmat mata, nikmat hidung, nikmat cinta, nikmat anak-anak, nikmat bekerja, nikmat makan, nikmat....ish tak mampu Ummi mengiranya. Patutkan kita yang mengaku diri hamba DIA, mempertikai ujianNya setelah dia memberi 'infiniti' nikmat yang sedikit sahaja kita syukuri? Patutkah? Fikirkan...
Istighfarlah kita sentiasa...kerana dosa-dosa kita tak setanding ujian yang DIA beri. UjianNya itu adalah tanda kasihNya supaya kita lepas dari balasan di sana...akhirat. Dalam setiap motivasi yang Ummi beri kepada anak-anak muda di sekolah, Ummi pasti mulakan dengan istighfar agar anak-anak dan Ummi sekali terbiasa dengan budaya bertaubat...kerana kita adalah insan. Insan pelupa dan mudah terpedaya dengan dunia. Didiklah anak-anak kita budaya bertaubat dan bersangka baiklah dengan Tuhan...DIA MAHA ADIL DAN PENYAYANG.
Hayati santapan minda di 'site':
April 10, 2009
Come Aboard!

Dear friends out there. Let us find some space and time to fulfill our cognitive needs. Furthermore, it could be converted into ibadah and amal soleh as long as we observe the principles of ibadah. What else are we waiting for? For time and death is not waiting for us! It worth the whole world if we die in the journey and quest for knowledge...
Come Aboard!

1. UMCCED, Universiti Malaya- Certificate in Syariah Studies
- Certificate in Usuluddin Studies
- Certificate in Islamic Financial Planning (New course and relevant with current issues.
Interesting topic to learn!)
Should you interested to know further, do click to http://www.umcced.edu.my

Hayya Bil 'Ilm!
Dia Yang Kucinta

Diambil dari khutbah jum'at Syekh Dr. Yusuf Qordhowi di Masjid Agung Qatar, 21 Mac 2008
Merayakannya pun bukan dengan pesta-pesta dan makan-makan karena hal itu tidak akan menghasilkan apa-apa. Yang lebih harus diperhatkan adalah bagaimana kita lebih mengenal Beliau Saw, sirahnya dan tentu saja sunnahnya.
Berbeda dengan Nabi-nabi sebelumnya yang diutus untuk kaum-kaum tertentu saja.
misalnya Nabi Musa dan Isa As hanya diutus pada Bani Israil
Di Taurat dan Injil dijelaskan bahwa Kedua nabi tersbut hanya diperuntukkan untuk Kaum Israil semata.
sedang Di Alqura'an mulai dari al Fatihah-An Nas dijelaskan bahwa Rasulullah Saw adalah untuk segala umat. Alhamdulillahirabbil Alamin..... Qul A'udzubirabbinnas...dll
2. Nabi Muhammad saw adalah penutup semua nabi dan Rasul sebelumnya
Dalam Taurat disbutkan bahwa akan ada nabi setelahnya
dalam injil disebutkan bahwa akan ada Nabi setelah Isa As yaitu Ahmad
Dalam Al Quran disbutkan bahwa Nabi Muhammad Saw adalah penutup semua Nabi Dan Rasul
dan dalam catatan sejarah telah dibuktikan tidak ada nabi ataupun Rasul yang memiliki kitab dan ajaran seperti beliau atau nabi sebelum2nya kecuali beberapa orang yang mengaku-ngaki dan nampak jelas kebohongannya seperti Ahmadiyah, Musailamah Al Kadzab dll
3. Mu'jizat Rasulullah kekal hingga hari kiamat
Coba tanya para rahib dan pendeta apakah ada diantara mereka yang hafal taurat dan injil?
Semenytara Al Qur'an sangat mudah dihafal dari usia kecil bahkan dari orang yang tidak mengerti bahasa Arab sekalipun. Banyaknya perlombaan2 Tahfidz Qur'an di seluruh negara membuktikan hal itu.
5. Dijaga SunnahnyaSebagai implikasi terjaganya Al Quran, Allah juga menjaga sunnahnya agar tidak hilang. Maka dengan mudahnya kita menemukan hadist, perbuatan dan sirah nabi dalam kitab-kitab hadist dan sirah tanpa ada perubahan dan perselisihan kecuali hal-hal yang bisa dimaklumi.
Kita jadi punya uswah dalam berkeluarga, berusaha, bersikap, berdagang bahkan berperang dengan sangat jelas dari beliau Saw.
6. Baginda SAW diberi para Shahabat yang demikian setia dan taat
Liat pembangkangan para Shahabat Musa As pada Musa
liat pembangkangan Hawariyiin yang hanya 12 orang itu pada Nabi Isa As
dan liat betapa setianya para sahabat Nabi Muhammad Saw bahkan hingga mengorbankan harta dan nyawa. bahkan para sahabat itu yang meneruskan risalahnya. membuka pintu dunia dg islam dll.
7. Dijaga oleh Allah SWT sendiri sejak kecil
Ibundanya meninggal ia masih kecil
ayahnya bahkan meninggal sebelum ia dilahirkan
Datuknya pun meninggal
Abu Thalib pun tak sempat lama mengasuhkan
Allah sendirilah yang Mengasuh Muhammad
8. Allah Swt meberinya sifat ummi (tdak bisa baca tulis)
untuk menghancurkan pendapat orang2 yang mengatakan Al quran adalh bikinan Nabi dan cerita2 yang ada didalamnya adalah bacaan dari kitab2 sebelumnya atau dari kitab filsafat Yunani. dg Umminya beliau membatah semua hal itu.
9. Dijaga oleh Allah agar umatnya tidak musnah sampai hari kiamat
walau telah dibantai di perang2 salib
dibanjir darahkan dibaghdad

dibunuh masal di Andalusia
sekarang di checnya, Iraq, Afganistan...
Umat Islam akan selalu ada dan bertambah banyak
bahkan dari negara amerika dan Eropa sendiri
Alahu Akbar!
10. Pejuang-pejuang Risalah akan selalu muncul
walau banyak pula yang murtad
walau banyak yang berpikiran kiri dan menyeleweng
walau banyak yang sesat
selalu saja ada ulama dan pejuang2 yang membawa risalah yang benar ini kesegenap Alam
January 25, 2009
Apa Ummi & Anak-anak Buat Cuti Sekolah 2008? (2)
Latihan Solat Dhuha dengan Abang Long Arif
Alamak, leceh betullah maxis broadband ni. Lambat dan banyak kali tak berjaya 'upload' gambar. Ummi akan sambung lagi kisah anak-anak soleh dan solehah Ummi buat praktikal solat dhuha dengan Abang Long Arif di rumah nenek masa cuti sekolah lalu.
January 21, 2009
Apa Ummi & Anak-Anak Buat Cuti Sekolah 2008?
13 Nov 2008, aku mendapat sms paling 'tidak diingini' dari abangku, "Abah just passed away". MasyaAllah! Tuhan sahaja yang tahu hatiku pada saat itu. Ketika itu aku sedang berseminar di USIM, Nilai. Panik, terperanjat membuat aku mengambil langkah spontan mencuit rakan sebelah menunjukkan sms tersebut. Rakan sebelah lantas bertanya "Akak ok?". Pertanyaan itu yang mengejutkan aku dari panik dan baru kusedar aku tidak ok! Air mata merembes tanpa dapat kutahan-tahan. Tanpa berkata panjang, beg kuangkat dan terus keluar dari Dewan Seminar. Gambar di atas adalah kenangan bersama arwah Abah semasa Aidil Fitri 1429H lalu. Sehingga kini aku belum mampu menatap lama gambar-gambar tersebut, kesedihan masih belum hilang.
"Summer Camp" Anak-anak Soleh Ummi
Selepas biskut, kami bersama-sama pula membuat kek coklat. Anak-anak diberi tugas menghias kek dengan coklat topping dan manik-manik hiasan. hmm...seronok dan bersemangat sungguh anak-anak Ummi bermain coklat dan pisau penghias. Hasilnya..da...!
Seminar Kaunselor Sekolah di UTP, Tronoh Perak
Peserta seminar diberi taaruf tentang Petronas dan badan lain di bawah Petronas seperti Pertosains, UTP, Bahagian Minor Scholarship, dan lain-lain. Sesi motivasi bersama Dr. Sher Kawi sangat meriah dan menarik. Kaunselor-kaunselor dari seluruh Malaysia terlibat, jadi ini juga merupakan ruang berjumpa dan berkenalan dengan kaunselor-kaunselor dari seluruh negara. Selesai seminar aku perlu bergegas ke Morib pula untuk agenda yang lain.
Ilmu yang ditimba tidaklah melayakkan aku menjadi seperti Ustaz, jauh sekali. Namun Alhamdulillah dengan ilmu tersebut menambah rasa dekat dengan Sang Pencipta atas keluasan lautan ilmunya dan bolehlah dipraktik terutama untuk diri sendiri dan keluarga. Moga Allah kurniakan keberkatan dan kesihatan kepada Tuan Guru dan dapat terus menyebar ilmu dan kepakaran dalam bidang Perubatan Islam ini.
selepas majlis selesai.
November 17, 2008
Perginya Lelaki Pertama dari Hidupku...
Siapalah aku tanpa dia...Tidak wujud aku di dunia fana ini tanpa dia
Abah yang tercinta,
Berkat kasih dan rahmatmu hidupku terbela,
Dibesarkan penuh manja dan terjaga,
Cukup segala malah terlebih pula
Kini, rindu dan sebak mengisi dada,
Apakan daya masa tak mungkin berputar semula,
Iringan quran dan doa kuhadiah sentiasa,
Moga Allah limpahkan rahmatNya
Kasih sayangmu sangat kuterasa,
Tatkala ujian hidup datang melanda,
Abah ada disisi sentiasa,
Sebagai lambang lelaki wibawa,
Memujuk hatiku melupakan lelaki kedua
Wahai Tuhan yang Maha Perkasa,
Abah telah buktikan rahmat dan kasih sayangnya,
Kepada anak-anak dan cucu-cucunya,
Terimalah dia dengan penuh istimewa,
Kerana RahmatMu lebih luas dari seluruh dunia dan isinya
Terima kasih Tuhan,
Kerana kurniakan Abah yang sangat berjasa,
Tidak terbalas walau apa jua usaha,
Kupohonkan kebahagiaan untuk Abah di sana
Al-fatihah untuk Abah, 13 November 2008, 2.40pm
November 09, 2008
Detik Seribu Keinsafan-Akhil Hayy
Antara Kecewa & Gembira
Pagi Ahad itu yang nyata bersemangat adalah Ummi, Kak Ee, Abang Hazeeq dan Angah. Kami telah berpagi-pagi dan tiba di sekolah untuk menunggu bas dari KUIS. Tidak sanggup rasanya hendak melepaskan peluang mendengar 'suara' dan pengisian Ustaz Rock yang penuh semangat itu. Pelajar yang sedia menunggu hanya 5 orang awal pagi itu jadi kami memutuskan untuk menunggu hingga jam 8.00 pagi. Walaupun sedikit kecewa kerana akhirnya hanya 20 orang pelajar yang berjaya 'membangkitkan' diri pagi itu, perjalanan tetap diteruskan.
Ustaz Akhil menyentuh tentang kaedah melembutkan hati yang pastinya disampaikan melalui nasyid dan lagu. Seloroh Ustaz juga berjaya menghalau bosan dan letih berada dalam Dewan Konvensyen KUIS itu. Athirah banyak sungguh ketawa, disamping tidak lupa mengambil pengajarannya.
Ustaz muda ini turut menekankan kepentingan menyedari dan memohon rahmat Allah dalam segala perbuatan kita. Hatta masuknya insan ke syurga adalah lantaran rahmat Nya bukan kerana amalan dan pahala yang kita kumpul.
Kecewa pada awal pagi itu terubat akhirnya apabila melihat pelajar yang turut serta anak-anak Ummi bersemangat mendengar celoteh Ustaz.
Dalam nyanyianUstaz ada sindiran,
Moga anak-anak dapat panduan,
Ikhlaskan niat mohon dariNya kekuatan.



