Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


November 09, 2008

Detik Seribu Keinsafan-Akhil Hayy

Sesi taklimat dari kakak dan abang KUIS

"Semua orang mesti berada di sekolah pukul 7.30 pagi Ahad ini. Pakaian ko-ko sekolah, bukan jeans dan t-shirt biasa." Jelas dan terang arahan Ummi kepada pelajar-pelajar yang akan menyertai jemputan program daripada pihak KUIS, Bangi hujung minggu itu.

"Ishak, jangan lupa pagi Ahad Cikgu tunggu kamu di sekolah." Anggukannya menyejukkan hati seorang guru. Bukan perkara enteng dan remeh mengurus dan mengkoordinasi program untuk pelajar, semua aspek perlu di ambil kira dan persediaan awal sangat mustahak. Jemputan program daripada KUIS kali ini menarik, menampilkan Ustaz Rock, Ustaz Akhil Hayy sebagai penceramah dengan tema Detik Seribu Keinsafan.

Menunggu program bermula, baik-baik anak murid Ummi ni!

Antara Kecewa & Gembira
Jemputan program pagi Ahad itu walaupun diterima dalam masa 4 hari sebelum program, Ummi tetap cuba usahakan demi kesinambungan program kem pembangunan diri pelajar Tingkatan 4 yang telah dijalankan selepas Aidil Fitri tempohari. Harapan Ummi program kali ini menjadi pemantap kesedaran yang telah berputik dalam diri pelajar untuk memperindah peribadi.

Anak-anak Soleh Ummi pun ada, ambil peluang dengar ceramah Ustaz Rock.

Ummi bersama Pengarah Program, mahasiswi KUIS. Teruskan perjuangan anda!


Pagi Ahad itu yang nyata bersemangat adalah Ummi, Kak Ee, Abang Hazeeq dan Angah. Kami telah berpagi-pagi dan tiba di sekolah untuk menunggu bas dari KUIS. Tidak sanggup rasanya hendak melepaskan peluang mendengar 'suara' dan pengisian Ustaz Rock yang penuh semangat itu. Pelajar yang sedia menunggu hanya 5 orang awal pagi itu jadi kami memutuskan untuk menunggu hingga jam 8.00 pagi. Walaupun sedikit kecewa kerana akhirnya hanya 20 orang pelajar yang berjaya 'membangkitkan' diri pagi itu, perjalanan tetap diteruskan.

Ustaz Akhil menyentuh tentang kaedah melembutkan hati yang pastinya disampaikan melalui nasyid dan lagu. Seloroh Ustaz juga berjaya menghalau bosan dan letih berada dalam Dewan Konvensyen KUIS itu. Athirah banyak sungguh ketawa, disamping tidak lupa mengambil pengajarannya.

Ustaz muda ini turut menekankan kepentingan menyedari dan memohon rahmat Allah dalam segala perbuatan kita. Hatta masuknya insan ke syurga adalah lantaran rahmat Nya bukan kerana amalan dan pahala yang kita kumpul.

Kecewa pada awal pagi itu terubat akhirnya apabila melihat pelajar yang turut serta anak-anak Ummi bersemangat mendengar celoteh Ustaz.

Dalam selorohUstaz ada pedoman,
Dalam nyanyianUstaz ada sindiran,
Moga anak-anak dapat panduan,
Ikhlaskan niat mohon dariNya kekuatan.


No comments: