Kenangan pagi hari raya lalu bersama Abah...
Siapalah aku tanpa dia...Tidak wujud aku di dunia fana ini tanpa dia
Abah yang tercinta,
Berkat kasih dan rahmatmu hidupku terbela,
Dibesarkan penuh manja dan terjaga,
Cukup segala malah terlebih pula
Kini, rindu dan sebak mengisi dada,
Apakan daya masa tak mungkin berputar semula,
Iringan quran dan doa kuhadiah sentiasa,
Moga Allah limpahkan rahmatNya
Kasih sayangmu sangat kuterasa,
Tatkala ujian hidup datang melanda,
Abah ada disisi sentiasa,
Sebagai lambang lelaki wibawa,
Memujuk hatiku melupakan lelaki kedua
Wahai Tuhan yang Maha Perkasa,
Abah telah buktikan rahmat dan kasih sayangnya,
Kepada anak-anak dan cucu-cucunya,
Terimalah dia dengan penuh istimewa,
Kerana RahmatMu lebih luas dari seluruh dunia dan isinya
Terima kasih Tuhan,
Kerana kurniakan Abah yang sangat berjasa,
Tidak terbalas walau apa jua usaha,
Kupohonkan kebahagiaan untuk Abah di sana
Al-fatihah untuk Abah, 13 November 2008, 2.40pm
No comments:
Post a Comment