Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

January 07, 2010

Agenda 2010...Keluarga Bahagia


2010: Hidup Pilihanku


Firman Allah bermaksud:


"Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan
jadilah kamu
termasuk orang-orang yang bersyukur." (Al-A'raf: 144)



Keluarga besar bahagia...insyaAllah, hingga ke syurga.

Hari ini 9 Januari 2010. Wah! 9 hari sudah berada di tahun baru, 9 hari sudah ditinggalkan 2009 yang penuh kenangan dan pengajaran. Siapa aku hari ini ya? Seorang wanita biasa? Seorang wanita luar biasa? Mana satu ni?

Yelah kan..."Manusia itu tidur sebenarnya; dan hanya akan TERJAGA apabila mati kelak."

Kata-kata Saidina Ali jika tak silap...kena buka kitab semula ni. Hmmmph...tidur rupanya manusia di dunia, leka dan lalai dengan keindahan yang sementara. Aku? Ish... nak berfalsafah di awal tahun ni...letih juga.

Minggu pertama persekolahan, Kaunselor sepanjang hari di Dewan. Mengendalikan Program Maju Diri dan Orientasi Tingkatan 4, 3 dan 5. Penat...dalam bahagia. Menghadap wajah anak-anak remaja yang naif, menghulur pesanan demi pesanan bersandarkan pengalaman. Akhirnya, aku sampai ke titik penyudahnya...

Walaupun aku yang dewasa ini, seorang guru, seorang Kaunselor yang kerap menitipkan pesanan, sekali sekala amaran juga, berlapikkan kasih sayang; sebenarnya aku juga sedang belajar. Belajar untuk memberi, belajar mengikhlaskan pemberian. Aku sedang belajar daripada pelajar-pelajar di depanku ini.

Seni Memberi & Seni Menerima

Kakak tolong adik ye...Baik hati kakak ni. Bijak MEMBERI.


Memberi harus berseni...Menerima juga ada seninya.

"Kita tidak mungkin dapat semua yang kita suka...Oleh itu berusahalah untuk suka semua yang kita dapat"

Memberi...sangat baik.Memberi dengan ikhlas...sangat cantik! Walaupun iklhlas adalah rahsia di sebalik rahsia Allah. Ikhlas itu tak nampak, tapi mampu ditelah. Bila pemberian telah dihulur. Dipuji tak melambung, dikeji tak membantutkan pemberian..Beri tetap beri. Itu antara tanda unsur ikhlas telah berputik, suburkan ia dengan mujahadah dan istiqamah.

Menerima...sangat baik. Menerima dengan sabar...sangat cantik! Di manakah batasan sabar? Sampai bila perlu bersabar? Berbaloikah bersabar? Hmmph...Ada batasankah sabar itu? Ada had masakah menahan sabar? Ada hasilkah bersabar?

Wah...berat nak menerima jika dikatakan sabar itu tiada batasnya. Kena bersabarlah hingga ke akhirnya. Akhir nyawa, akhir dunia. Pahit menahan sabar itu kerana hasil yang menunggu di akhirnya sangat manis. Redha...

Redha suami, redha ibu bapa...menuju kepada redha Tuhan. Tatkala Tuhan telah redha...Syurgalah jawabnya. Berbaloikah sabar? Sangat berbaloi. Sakit yang ditahan, diterima dengan sabar, dalam masa yang sama terus memberi...destinasinya Redha. Maha Suci Allah!


Hidup ini Pemberian, Cara Hidup itu Pilihan


Tersengih-sengih Abang minta maaf, tahu diri tu salahkan. Sabar Angah...Memberi maaf itu indah!


(walaupun cuka pun tak semasam muka Angah tu..he3). Cubaan...


Diberi nyawa, mendapat kehidupan ini adalah kerja Tuhan. Merayulah sehebat manapun, apabila hendak ditarikNya, tidaklah akan lewat sesaat dan tidak pula cepat sesaat.

Apabila nyawa sedang di badan, ketika itu Tuhan menilai kebijaksaanaan insan. Tatkala nyawa terpisah dari tubuh, luruhlah segala milikan, menunggu detik dihisab amalan.

Kebijaksanaan insan bergantung kepada pilihan. Cara hidup mana menjadi amalan, bukan lah sekadar kebetulan. Tetapi bersandarkan ilmu dan kemahiran. Bagaimana melaksana tugas khalifah, memakmur bumi dengan syariat Tuhan.

Pilihan itu perlu dibuat sekarang...sekarang. Bukan di depan Tuhan nanti. Pilihan sekarang akan menentukan nasib badan di negeri abadi itu. Jika impikan syurga yang damai mewah itu, jalan ke syurgalah yang perlu diterokai.

Jika rasa mampu menanggung peritnya api neraka yang berpuluh kali ganda panas dari api dunia ini, silakanlah. Campakkan diri anda ke dalam kebinasaan itu...

Hari ini milik kita...esok adalah impian, semalam adalah kenangan. Esok belum pasti, semalam telah pasti berlalu. Jadi, hari inilah yang utama...mulakan dengan hari ini.


"Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta disegerakan..." (An-Nahl:1)

Aku...

Peace...2010 and ahead!


Ceria bersama Mawaddah...


Aku memilih untuk bahagia 2010 ini. Dan seterusnya..., Amin...Aku memilih untuk hidup dalam Ad-Din. Aku memilih untuk bahagia dengan Ad-Din. Memang tak semudah berkata...atau menulis...Tetapi, langkah ke seratus itu bermula dengan langkah pertama. 'Begin with an end in mind".

Motif harus tepat, niat mesti suci. Jika tersilap pelaksanaan, boleh diperbaiki. Jika berbeza pendapat, disitulah rahmatnya. Cara pelaksanaan sentiasa menuntut keberanian. Berani untuk jatuh, dan cepat bangun kembali.

Sejarah membicarakan bagaimana Salahuddin Al-Ayyubi ditimpa kekalahan demi kegagalan sebelum dapat menakluki Baitul Maqdis dari jajahan si kuffar.

Bukan gagal yang harus digeruni, tapi gerunlah pada kelemahan diri yang takut gagal. Gagal dan kalah itu tidak salah. Cabarannya adalah kumpulkan kekuatan untuk bangun kembali...Subhanallah!

Aku juga memilih untuk hidup bersama keluarga besarku...mengharap mawaddah dan rahmah. (serius!...dengan Mawaddah! he3). Amin...


" Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkankannya." (Al-Lail: 19-21)























November 17, 2008

Perginya Lelaki Pertama dari Hidupku...

Kenangan pagi hari raya lalu bersama Abah...

Siapalah aku tanpa dia...Tidak wujud aku di dunia fana ini tanpa dia

Abah yang tercinta,
Berkat kasih dan rahmatmu hidupku terbela,
Dibesarkan penuh manja dan terjaga,
Cukup segala malah terlebih pula

Kini, rindu dan sebak mengisi dada,
Apakan daya masa tak mungkin berputar semula,
Iringan quran dan doa kuhadiah sentiasa,
Moga Allah limpahkan rahmatNya

Kasih sayangmu sangat kuterasa,
Tatkala ujian hidup datang melanda,
Abah ada disisi sentiasa,
Sebagai lambang lelaki wibawa,
Memujuk hatiku melupakan lelaki kedua

Wahai Tuhan yang Maha Perkasa,
Abah telah buktikan rahmat dan kasih sayangnya,
Kepada anak-anak dan cucu-cucunya,
Terimalah dia dengan penuh istimewa,
Kerana RahmatMu lebih luas dari seluruh dunia dan isinya

Terima kasih Tuhan,
Kerana kurniakan Abah yang sangat berjasa,
Tidak terbalas walau apa jua usaha,
Kupohonkan kebahagiaan untuk Abah di sana

Al-fatihah untuk Abah, 13 November 2008, 2.40pm

August 23, 2008

MAHA- nature is educating us

MAHA Expo at MAEPS, Serdang recently had given ummi a golden once in two years opportunity to spend with my dearest children, a 2in1 family activity- sight seeing plus educating. Why? and how?

This will answer the question 'why'. This was just the right relaxing and educating event to share with the kids. They were happy, and learnt a 'survival knowledge' through nature and God's creation. Of course not to forget an amazing suitable context to relate 'aqidah' with concrete elements. Thus, ummi did my indoctrination of 'rububiyah' and 'uluhiyyah' here.

How? Masya Allah, that was just a beautiful moment sharing with the kids critical thinking skills. "The nature is educating us, dear!" Looking at the cow, the lamb, the camel, the agriculture and others there actually looking at why God created them. There must be reason beyond every creation. Think..think and think, you'll find the answer.

"My dear kids, every creature has specific function in this world. The physical nature they possess tells us what are their 'jobs'. So, if they have 'jobs', what about us? human..."

The conversations between ummi and the kids went on during that relaxing tour, for hours... The pictures below tell thousands words about it...







August 10, 2008

Sembang Abang & Ummi

Semalam semasa dalam perjalanan menghantar Abang untuk balik ke rumah Walid, tercetuslah soalan2 'maut' Abang yang ummi percaya hadir dari dirinya yang tulus dan telus. Hanya abang seorang bersama Ummi hujung minggu ini kerana adik2 bersama Walid.

Abang : "Umi, berpisah tu tak apa ke?"

Ummi : "Ehm, tak berapa baguslah, Allah tak suka. Tapi, Allah beri dan izin juga mungkin ada
kala berpisah lebih baik dari bersama. Tapi bang, berpisah lebih baiklah dari bergaduh
berterusan." Ummi cuba nak beri anak teruna ni faham apa yang sedang dilalui, walaupun sembang2 ni nampaknya agak dewasa dan serius isunya.

Ummi : "Ummi dan Walid dah berpisah, Allah izinkan ada sebablah. Tapi, ummi tak gaduhkan dengan Walid?" Persoalan tu sengaja Ummi cetuskan untuk beri Abang faham dalam kes Ummi ini berpisah lebih baik dari bersama.

Abang : "Ada dulu Ummi gaduh, Ummi tak ingat ke? Masa tu Ummi nangis dan terduduk kat sofa perlahan-lahan dan Walid pun keluar rumah."

Ummi :(Alamak, anak aku ni ke situ pula dia, itu kes lama. Apapun kena jawab juga ni) "Yelah Abang, Ummi ni manusia biasa. Ummi sedih sangat masa tu dan bila nak bercakap dengan Walid pun dah tak boleh. Maksud Ummi, sekarang ni Ummi tak gaduh pun dengan Walid kan? Yang berpisah Ummi dan Walid, tapi Abang tetap ada Ummi dan tetap ada Walid. Abang jangan sedih sebab Abang tak hilang apa2 pun, tapi Allah tambah lagi pula nikmat, ada 2 rumah, ada 2 ibu. kan 'special' tu. Ummi yang patutnya sedihkan? Sebab Ummi yang hilang Walid dan dah tak ada orang sayang Ummi. Tapi Ummi selalu ingat Allah sayang kita lebih besar dari manusia sayang kita jadi Ummi cuba sabar. Sabar dapat pahalakan?"

Terdiam lama anak Ummi sorang ni...Berfikirlah tu. Moga Allah bantu Ummi nak permudahkan Abang memahami situasinya sekarang.

Abang : "Ummi cepatlah ambil ayah."

Ummi : He he..tergelak Ummi dengan soalan 'power' Abang ni. "mana boleh main ambik2 bang.. Ummi kenalah cari dan tunggu ayah yang baik, yang pandai, yang cerdik, yang sayang kat Abang dan adik2 dan yang soleh. Tapi tak boleh main ambik2..Ummi pun kena jadi baik dulu kalau nak cari ayah yang baik. Betul tak?"

Hik hik..tergelak abang sorang-sorang. Ish3, kena 'strong' betul nak jawab soalan2 'power' anak-anak ni, lebih-lebih lagi situasinya agak berbeza dari orang lain. Alhamdulillah, ilmu psikologi kanak-kanak yang Ummi belajar memang sangat membantu. Susah juga sebenarnya, sebab Ummi bercakap tentang perkara dewasa dan serius tetapi perlu di 'tune'kan rentak dan iramanya supaya anak 10 tahun boleh memahaminya.

Sungguhlah, sebenarnya Allah itu mengasihi hambaNya 26x lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya. Bukanlah perceraian dan perpisahan yang merosakkan anak-anak tetapi orang dewasa yang tidak mampu mengawal keadaan dan situasilah yang boleh menjadikan anak-anak goyang dan tidak mampu memahami keadaan. Bantuan Allah sangat Ummi perlukan dalam menghadapi kerenah anak. Moga bantuan Allah akan terus bersama Ummi dan anak-anak.

July 27, 2008

Wajah Gembira Kakak vs Wajah Duka Adik











Hari ini kakak gembira sungguh, membuka hadiah2 yang dimenanginya semasa sukan Taski Zainab hari Sabtu lepas. 3 Hadiah kakak dapat, hebat kakak bersukan, turun gen walid lah tu. Kakak dapat 1 t-shirt (dah pakai pun t-shirt besar tu dalam gambar kat atas) dan 2 bekas pensel, dan kakak nak beri pula 1 bekas pensel tu pada kak lilie sebagai tanda kenangan. Kak lilie dah nak balik kampung, dah habis praktikum di sekolah ummi. Adik turut nak berkongsi kegembiraan kakak walaupun sedang sakit menanggung 'chicken pox' nya. Hebat adik ni, diri sendiri sakit tapi mampu tersenyum nak share kegembiraan kakak. Ummi pun belajar sesuatu lah dik, ummi kena contohi adik ni...Terima kasih dik atas ilmu 'survival' tersebut.

Adik mula batuk2,selsema dan demam dalam minggu sudah tapi ummi tak alert dan tak perasan itu simpton awal demam campak. Ustaz Haron dah ajar dulu tanda2 awal demam campak dan perlu beri minum air kelapa dan baca 3 doa dari bacaan 10 asas. Tapi, 2 malam ini adik memang meragam, gatal dan bisa campaknya mula terasalah tu. dari kepala hingga ke kaki adik dah penuh dengan bintik2 merah berair. Ummi nak cari daun mamu tapi tak tau nak cari mana kat Bangi ni, nantilah malam ni ada kelas boleh tanya2 senior di Darus Syifa'. Hari ini ummi minta cuti dari Boss, alhamdulillah Boss sangat memahami.

Hari ini juga Lilie nak balik ke Pahang, sedih juga nak berpisah dengan teman yang banyak membantu. Terima kasih lilie atas bantuan dan perkongsian selama 3 bulan ni.Ummi doakan segala yang terbaik akan datang untuk lilie, juga jodoh yang terbaik untuk lilie, bijak2lah pilih teman hidup, kerana cinta boleh dibina dalam sekejap masa tetapi kepercayaan dan setia jika hilang sekali takut2 tak boleh pulih kembali. Yang pasti, yakinlah pada ketentuanNya, pasti yang terbaik untuk kita..Amin!


Tengah hari ini, Pak Dek datang hantar air kelapa untuk adik. Terima kasih Pak Dek! Ummi pun mulalah jadi Tabib, he he. So, bacalah 3 kombinasi doa seperti Ustaz ajar dan beri adik minum. Yang bestnya air kelapa Pak Dek ni, bukan adik je yang minum, ummi dan kakak pun merasa sekali. SEdap! Siap dengan isi kelapanya sekali. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI.

Ehm..Banyaknya ummi boleh belajar hari ini. Bercuti kerana keperluan anak. Bersyukur dapat Boss yang memahami.Jadi, ummi pun kena lebih apply empati pada kesusahan orang lain. Dalam kehidupan kita, ada susah dan senang. Allah telah janji dalam susah ada senang, jadi cuma nak sabar atu tidak aje lah. Kakak gembira, adik sedih kesakitan. Rupa-rupanya, bila kita gembira ramai orang lain yang sedang berduka. Tak patutlah kalau kita lupa diri masa senang,lebih rezeki hulurlah pada orang yang memerlukan terutama di kalangan keluarga dan sahabat kita. Ish..Dari perkara yang berlaku dalam keluarga kita dan anak2 pun banyak ummi boleh belajar...Rupa2nya banyak sangat lagi perkara yang ummi tak tau dan terlepas pandang. 'Simple yet valuable". Dan terlalu banyak kekurangan diri kita yang perlu ditampung oleh orang lain yang boleh memahami dengan ikhlas...

July 26, 2008

Hari Sukan kak Hannan vs kerja Ummi




Hari ini, 26 Julai 2008, hari Sabtu yang kakak tunggu-tunggu. Puas berlatih bersama kawan-kawan dibimbing oleh guru-guru yang dedikasi di Taska Zainab selama 2 minggu kebelakangan ini, sudah pastilah hari ini paling kakak nanti-nanti. Sebelum ini, setiap hari balik rumah, kakak akan sambung berlatih lari hujan gerimis dan jalan kura-kura di depan ummi dan bertanding dengan adik. Yang pasti kakak akan menanglah, he he, "by hook or by crook'! Ummi pun dalam keletihan tengok ajelah kura-kura jadian di rumah. Kadang-kadang join gak dengan kakak, yang pasti ummi akan menang, he he 'by hook and by crook'! Jangan marah, 'like mother like daughter'...


Tetapi, sedih sungguh ummi, tarikh sukan kakak clash lak ngan hari Perkembangan Staf di sekolah, dahlah organizer program adalah kaunselor, macamana ummi nak escape. Sedih, sedih,sedih. Ummi tetap nak kakak join gak sukan tu. Inilah masa untuk develop social skill and learn thru play untuk kakak. Akhirnya ummi discuss dengan walid, n insist walid untuk pergi beri sokongan moral untuk heroin ni. Alhamdulillah, walid setuju walaupun akan lewat tiba. Thanks Walid!...ii


Maka, masa kakak sibuk seronok dengan sukannya, ummi pun kalut dengan program kat sekolah. Alhamdulillah, kedua-duanya lancar, walaupun ummi sedih. Rupanya, terlalu banyak pilihan yang perlu kita buat dalam hidup. Perkara yang 'simple' pun bakal jadi masalah besar jika kita tak pandai cari alternative solution. Apapun, ummi bersyukur dan sedar, setiap pilihan terakhir itu adalah yang telah Allah tentukan buat kita dan pasti ada hikmahnya...Terima kasih juga pada Kak E yang tolong jaga anak-anak ummi di rumah masa ummi sibuk di sekolah hari itu. Moga Allah balas kebaikan E itu dengan seribu kebaikan yang lain, dan pandai-pandailah memilih dan buat keputusan. Pilhan dah ada di depan mata, faham-fahamlah ye E, hehe.