Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


July 27, 2008

Wajah Gembira Kakak vs Wajah Duka Adik











Hari ini kakak gembira sungguh, membuka hadiah2 yang dimenanginya semasa sukan Taski Zainab hari Sabtu lepas. 3 Hadiah kakak dapat, hebat kakak bersukan, turun gen walid lah tu. Kakak dapat 1 t-shirt (dah pakai pun t-shirt besar tu dalam gambar kat atas) dan 2 bekas pensel, dan kakak nak beri pula 1 bekas pensel tu pada kak lilie sebagai tanda kenangan. Kak lilie dah nak balik kampung, dah habis praktikum di sekolah ummi. Adik turut nak berkongsi kegembiraan kakak walaupun sedang sakit menanggung 'chicken pox' nya. Hebat adik ni, diri sendiri sakit tapi mampu tersenyum nak share kegembiraan kakak. Ummi pun belajar sesuatu lah dik, ummi kena contohi adik ni...Terima kasih dik atas ilmu 'survival' tersebut.

Adik mula batuk2,selsema dan demam dalam minggu sudah tapi ummi tak alert dan tak perasan itu simpton awal demam campak. Ustaz Haron dah ajar dulu tanda2 awal demam campak dan perlu beri minum air kelapa dan baca 3 doa dari bacaan 10 asas. Tapi, 2 malam ini adik memang meragam, gatal dan bisa campaknya mula terasalah tu. dari kepala hingga ke kaki adik dah penuh dengan bintik2 merah berair. Ummi nak cari daun mamu tapi tak tau nak cari mana kat Bangi ni, nantilah malam ni ada kelas boleh tanya2 senior di Darus Syifa'. Hari ini ummi minta cuti dari Boss, alhamdulillah Boss sangat memahami.

Hari ini juga Lilie nak balik ke Pahang, sedih juga nak berpisah dengan teman yang banyak membantu. Terima kasih lilie atas bantuan dan perkongsian selama 3 bulan ni.Ummi doakan segala yang terbaik akan datang untuk lilie, juga jodoh yang terbaik untuk lilie, bijak2lah pilih teman hidup, kerana cinta boleh dibina dalam sekejap masa tetapi kepercayaan dan setia jika hilang sekali takut2 tak boleh pulih kembali. Yang pasti, yakinlah pada ketentuanNya, pasti yang terbaik untuk kita..Amin!


Tengah hari ini, Pak Dek datang hantar air kelapa untuk adik. Terima kasih Pak Dek! Ummi pun mulalah jadi Tabib, he he. So, bacalah 3 kombinasi doa seperti Ustaz ajar dan beri adik minum. Yang bestnya air kelapa Pak Dek ni, bukan adik je yang minum, ummi dan kakak pun merasa sekali. SEdap! Siap dengan isi kelapanya sekali. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI.

Ehm..Banyaknya ummi boleh belajar hari ini. Bercuti kerana keperluan anak. Bersyukur dapat Boss yang memahami.Jadi, ummi pun kena lebih apply empati pada kesusahan orang lain. Dalam kehidupan kita, ada susah dan senang. Allah telah janji dalam susah ada senang, jadi cuma nak sabar atu tidak aje lah. Kakak gembira, adik sedih kesakitan. Rupa-rupanya, bila kita gembira ramai orang lain yang sedang berduka. Tak patutlah kalau kita lupa diri masa senang,lebih rezeki hulurlah pada orang yang memerlukan terutama di kalangan keluarga dan sahabat kita. Ish..Dari perkara yang berlaku dalam keluarga kita dan anak2 pun banyak ummi boleh belajar...Rupa2nya banyak sangat lagi perkara yang ummi tak tau dan terlepas pandang. 'Simple yet valuable". Dan terlalu banyak kekurangan diri kita yang perlu ditampung oleh orang lain yang boleh memahami dengan ikhlas...

No comments: