Semalam, 21 Julai 2008 Isnin yang diceria-ceriakan, kenapa jadi diceria-ceriakan? He he...ummi kan manusia biasa, ada hari ceria, ada hari ribut , ada hari tsunami, ada hari penuh semangat. badan dah penat, akal pun mula merewang. Tak boleh jadi ni, ummi kena switch mind set...Pagi tersebut rasa kurang semangat sebab 2 hari cuti penuh melayan hero-hero permata hati yang bergantian demam dan sakit kepala. MasyaAllah, permata hati demam, maka ummi ni kenalah jadi doktor dan nurse dan jadi badang melayu yang kuat sebab nak set psikologi hero2. Alhamdullillah ilmu yang sedang dituntut dari Yang Dihormati Ustaz Haron di Darus Syifa' membantu dalam situasi tersebut, sambil mengusap kepala si abang, doa2 yang dipelajari,dihafal dan mula diamal sedikit-sedikit jadi penawar. Sabtu sepanjang hari si abang demam, sakit kepala dan terbaring lemah. Hari Ahad pagi Abang sihat, bangun solat subuh tanpa digesa, mandi dan bersedia untuk ke kelas Hafazan. Subhanallah, sejuk perut ummi mengandung, bahagia terdetik di hati, moga Abang jadi anak soleh Amin!. Lupa lah sekejap kat kerenah degil malas si abang. Itu lah kan, ummi ni kena selalu ingatkan diri, malas dan degilnya si anak memang wajar sebab dia sedang belajar dan membina tabiat diri. Tapi gesaan yang tidak jemu, ikhlas penuh harap bantuanNya itu yang sangat penting. Anak-anak tersilap itu perkara lumrah, sebab ummi yang dewasa ini pun selalu silap. Moga Allah kurniakan ummi kesabaran dan dapat menerima pemberian Tuhan seadanya.
Hari Ahad tengahari, angah pula demam. ni mesti penangan berbiji-biji rambutan yang dimakannya dari semalam. Okay, semalam angah dah tolong picit kepala abang, jadi ni turn abang pula nak tunjuk semangat persaudaraan..hehe. Ummi jadi pemerhati dan pengulas setia. Abang marah bila angah merengek-rengek sakit, "tahanlah sikit, tak malu nangis". Wow! macam teror abang ni, masa dia sakit pun merengek gak kat ummi. Inilah kerenah insan yang pelupa ye...baru semalam dia demam, dah lupa sakitnya macam mana. Ummi pum ingatkan abang,"Eh, semalam bukan abang ke yang merengek-rengek kat ummi minta picit kepala tu?". Oh oh..."Emm,abang taklah sampai nangis camtu". Okay, abang mempertahankan dirinya...normal lah tu. " Angah tertidur dalam persengketaan sihat tu. Petang, sudah tiba masa untuk hantar abang dan angah kat Walid. Okay angah, ummi tahu angah anak yang kuat, sakit tu tanda Tuhan nak ampunkan dosa kita. Agak-agaknya, apa dosa angah baru-baru ni? "A'ah, bang ngah tinggal solat.." Opps.."Tapi, abang Hazeeq lagi banyak tinggal solat tu sebab selalu demam". Unsur nak menangkan diri sendiri ni tak boleh tinggal. Nasib baik korang ini anak2 ummi yang tengah 'belajar' hidup, jangan bawa perangai begini sampai besar ye sayang. Dengki dan berlumba2 tu boleh pada perkara yang Nabi kata boleh iaitu pada orang yang pandai cerdik, itupun dengki bukan nak jatuhkan orang tapi nak jadi seperti orang tersebut..Belajar ye sayang.
Hari Isnin jadi ceria akhirnya apabila ummi ditugaskan oleh Boss untuk bawa anak murid ke PERMATA, Bangi untuk program 'Engagement Session" ESU, Petronas dengan minor scholars. Ada sesi 'career talk' dari barisan muda goescientist, Petroleum Engineer, Mechanical Engineer, Civil Engineer dan Accountant. Hebat sungguh adik-adik kita ni, semuanya dah dapat pendapatan lumayan pada usia pertengahan 20an. Tapai, ummi fikir berbaloi lah juga dengan usaha, tenaga dan pengorbanan yang mereka dah buat, betul tak? Belajar bersungguh2, kos yang dikeluarkan, uasaha ibu bapa dll. 'High sacrifice, high return'. Seronok dengar pengalaman dan job scope adik-adik di Petronas ni. Anak-anak murid yang hadir pun nampak tekun dan berminat mendengar dan melihat paparan yang dipersembahkan. Pukul 5 petang program tamat, ummi balik ke Bandar Baru Bangi.
Lewat ummi dari kebiasaan hari ini, pukul 5.30petang ambil heroin2 di tadika dan dari rumah Ibu Su. Baru pula teringat malam ini ada kelas Darus Syifa'. Ini kelas yang selalu jadi motivasi mingguan ummi. Bersiap-siap, panaskan lauk dan nasi untuk heroin2 makan sebelum tinggalkan dengan lily. Kelam-kabut petang ini. Jun sampai, terus bersiap dan gerak ke Darus Syifa'. Bertemu sahabat-sahabat di sini sungguh menjadi penghibur mingguan bagi ummi. Dapat pula dengar kuliah dari Ustaz Haron, lebih bahagia rasanya. Berdepan dan belajar dari orang yang hebat memang terasa kebahagiaannya. Tak tahulah orang lain macam mana. Dapat menatap wajah ustaz, jadi ubat sebelum sakit datang..Hehe..iya ke tu? Betul...betul lah kata ustaz dan kata ramai orang kan...Semua orang boleh belajar ilmu yang pelbagai, boleh jadi ustaz, boleh jadi doktor, jadi kaunselor, jadi guru dll. Tetapi yang membezakan keberkesanan seseorang itu dalam peranannya adalah kualiti diri sendiri. Perawat yang ikhlas dan berlapang dada lebih berkesan rawatannya berbanding perawat yang mencari keuntungan duniawi dan diri sendiri..Berat ni..Ummi doa sangat moga Allah bantu ummi untuk ikhlas dalam apa saja yang dibuat, jadi ibu yang ikhlas, kaunselor yang ikhlas, sahabat yang ikhlas, dai'e yang ikhlas..Amin. Tidak mudah nak laksana tapi 'nothing impossible'...
No comments:
Post a Comment