Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


July 24, 2008

Marhaban Ya Ramadhan


Suatu hari pada minggu sudah semasa menghantar hero2 ke kelas hafazan, pandangan ummi tertumpu pada satu banner di tepi 'round-about' berhampiran UKM. Masya Allah! Orang dah nak menyambut raya? Tajuk banner : "Festival Aidil Fitri di ....". Rejab pun ummi belum puas nak ambil fadhilat bulan Allah, terlupa selalu nak perbanyakkan surah Al-Ikhlas. Syaaban pun belum menjelang, puasa yang tertinggal belum pasti dah langsaikan hutang semua dan kita sudah 'excited' nak buat persiapan sambut raya. Terbayanglah pada ummi jukalah Rasulullah dan para sahabat ada dan lihat banner tersebut, alangkah sedih dan hibanya mereka. Rasul tunjuk teladan bagaimana bahagia dan seronoknya baginda apabila rejab datang, kerana Ramadhan pula bakal menjelma kemudian, tapi kita?


Rejab ini sudah ke masuk ke minggu 10 terakhir, syaban bakal datang mengganti dengan fadhilat yang tersendiri, dan bahagianya Ramadhan bulan penuh barakah pula akan tiba. Dosa menggunung tinggi, tak tahulah terampun tidak, hanya dengan rahmatNya moga terampunlah dosa2 sudah dan akan datang. Ummi masuk ke kelas Tingkatan 3 pada minggu ini dan bercerita tentang "Belajar dari Sejarah". Ramainya anak-anak itu tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu sejarah kita sendiri. Sejarah isra'nya Nabi dan di mi'rajkan ke sidratul muntaha. Kasihan anak-anak murid ummi, tidak dibimbing belajar dari sejarah supaya kita sentiasa ingat dan terjauh dari silap dan mungkar. Ummi pun ambil pengajaran dari situ, ummi tidak mahu jadi seorang ibu yang tidak mengajar anaknya tentang sejarah kita, utusanNya. Anak-anak ummi pun anak-anak biasa yang berbuat kesilapan dan kesalahan, ummi tak mahu jadi ibu yang cepat putus asa. Silap mereka itu patut, kurang sedar mereka itu wajar kerana mereka dalam proses belajar. Harap-harap orang yang mengajar (Ummi, Walid, Kaunselor, Guru-guru dll) dapat sentiasa mengajar penuh hikmah walau sesekali hilang sabar. Normallah kita manusia biasa ada perasaan marah, geram tapi sebagai pengajar kenalah kita sentiasa ingatkan diri sendiri dan perbetulkan silap kita. Doa ummi selalu moga berjaya jadi pengajar 'murrabbi' bukan sekadar cikgu biasa.


Moga Allah beri rezeki kita untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ini disamping tak lupa pada Rejab bulan Allah dan Syaban bulan Nabi. Minta-minta Allah kurniakan kesabaran menghadapi kerenah anak-anak dan anak-anak murid, kerana dari mereka juga sebenarnya kita belajar sesuatu. Paling tidak kita belajar jadi orang yang sabar berdepan dengan mereka. Doa ummi juga moga-moga berjaya tarbiah diri sendiri boleh menerima orang lain seadanya, tanpa syarat. Dari perhubungan tanpa syarat inilah akan terbina ukhuwwah dan jadi perhubungan yang diredhai dan dibantu Allah.


Marilah sama-sama kita menunggu2 Ramadhan ini. Bulan penuh berkah, keampunan dan rahmah.

No comments: