Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

July 01, 2009

Masa itu Kita?


Lama sungguh sudah tidak dijenguk blog ini. Rindu pula dengan dunia penulisan maya ini. Sebagai tanda 'coming back', Ummi suka berkongsi pesanan DIA dalam surah pendek tetapi cukup bermakna: Al-Asr. Allah telah bersumpah dengan masa. Mengapa MASA? Allah tidak memberi sesuatu sekadarnya melainkan ada pengajaran dan maksud disebaliknya.

Dalam satu majlis bersama anak-anak di sekolah yang 'hauskan' pengisian rohani.

Masa adalah kita. Kita bukan hidup dalam 'vacuum' melainkan peredaran masa itu yang mencoret sejarah dan pengalaman hidup kita. Masa jua yang menjadikan kita bersemangat demi mengejar impian MASA DEPAN. Masa lalu, masa kini dan masa depan adalah kita. Masa lalu yang penuh dengan kekecewaan, kesedihan dan keperitan hidup rupanya mampu diubati dengan hadirnya masa kini yang cerah dan tenang. Masa depan pula merupakan cita-cita yang menjadi motivasi diri.

Oleh itu, jangan biarkan diri kita tenggelam dalam dunia masa lalu yang kelam dan perit, laluilah keperitan itu dengan hasrat DIA kurniakan kita pahala redha dan sabar. Jangan bimbang, DIA MAHA PENYAYANG, ada perkara yang lebih baik menanti kita di hadapan. Yakinlah! Jika masa lalu kita penuh dengan kebahagiaan, maka bersyukurlah dan mohon padaNYA dikurniakan rezeki dan dijauhkan dari fitnah.

Hakikatnya dalam hidup kita yang sementara ini, satu ujian yang DIA turunkan seperti sakit, kecewa atau sebagainya adalah tidak dapat dibandingkan dengan 'infiniti' nikmat yang DIA telah berikan pada kita. Nikmat Islam, nikmat iman, nikmat bernafas, nikmat mata, nikmat hidung, nikmat cinta, nikmat anak-anak, nikmat bekerja, nikmat makan, nikmat....ish tak mampu Ummi mengiranya. Patutkan kita yang mengaku diri hamba DIA, mempertikai ujianNya setelah dia memberi 'infiniti' nikmat yang sedikit sahaja kita syukuri? Patutkah? Fikirkan...

Istighfarlah kita sentiasa...kerana dosa-dosa kita tak setanding ujian yang DIA beri. UjianNya itu adalah tanda kasihNya supaya kita lepas dari balasan di sana...akhirat. Dalam setiap motivasi yang Ummi beri kepada anak-anak muda di sekolah, Ummi pasti mulakan dengan istighfar agar anak-anak dan Ummi sekali terbiasa dengan budaya bertaubat...kerana kita adalah insan. Insan pelupa dan mudah terpedaya dengan dunia. Didiklah anak-anak kita budaya bertaubat dan bersangka baiklah dengan Tuhan...DIA MAHA ADIL DAN PENYAYANG.

Hayati santapan minda di 'site':

www.geocities.com/athens/parthenon/5352/asri.html -terima kasih

September 04, 2008

Peringatan Buat Diriku yang Lupa...





Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.






Ada 4 di pandang sebagai ibu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


July 25, 2008

Peringatan buat diriku yang lupa...



Apabila anda berada pada waktu pagi, jangan menunggu datangnya
waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh
perhatian anda untuk menjadi lebih baik pada hari ini.

Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan
terlalu cemas dengan hari esok, kerana jika anda melakukan yang terbaik pada
hari ini, pasti hari esok akan baik pula.


-Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni