Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


August 10, 2008

Sembang Abang & Ummi

Semalam semasa dalam perjalanan menghantar Abang untuk balik ke rumah Walid, tercetuslah soalan2 'maut' Abang yang ummi percaya hadir dari dirinya yang tulus dan telus. Hanya abang seorang bersama Ummi hujung minggu ini kerana adik2 bersama Walid.

Abang : "Umi, berpisah tu tak apa ke?"

Ummi : "Ehm, tak berapa baguslah, Allah tak suka. Tapi, Allah beri dan izin juga mungkin ada
kala berpisah lebih baik dari bersama. Tapi bang, berpisah lebih baiklah dari bergaduh
berterusan." Ummi cuba nak beri anak teruna ni faham apa yang sedang dilalui, walaupun sembang2 ni nampaknya agak dewasa dan serius isunya.

Ummi : "Ummi dan Walid dah berpisah, Allah izinkan ada sebablah. Tapi, ummi tak gaduhkan dengan Walid?" Persoalan tu sengaja Ummi cetuskan untuk beri Abang faham dalam kes Ummi ini berpisah lebih baik dari bersama.

Abang : "Ada dulu Ummi gaduh, Ummi tak ingat ke? Masa tu Ummi nangis dan terduduk kat sofa perlahan-lahan dan Walid pun keluar rumah."

Ummi :(Alamak, anak aku ni ke situ pula dia, itu kes lama. Apapun kena jawab juga ni) "Yelah Abang, Ummi ni manusia biasa. Ummi sedih sangat masa tu dan bila nak bercakap dengan Walid pun dah tak boleh. Maksud Ummi, sekarang ni Ummi tak gaduh pun dengan Walid kan? Yang berpisah Ummi dan Walid, tapi Abang tetap ada Ummi dan tetap ada Walid. Abang jangan sedih sebab Abang tak hilang apa2 pun, tapi Allah tambah lagi pula nikmat, ada 2 rumah, ada 2 ibu. kan 'special' tu. Ummi yang patutnya sedihkan? Sebab Ummi yang hilang Walid dan dah tak ada orang sayang Ummi. Tapi Ummi selalu ingat Allah sayang kita lebih besar dari manusia sayang kita jadi Ummi cuba sabar. Sabar dapat pahalakan?"

Terdiam lama anak Ummi sorang ni...Berfikirlah tu. Moga Allah bantu Ummi nak permudahkan Abang memahami situasinya sekarang.

Abang : "Ummi cepatlah ambil ayah."

Ummi : He he..tergelak Ummi dengan soalan 'power' Abang ni. "mana boleh main ambik2 bang.. Ummi kenalah cari dan tunggu ayah yang baik, yang pandai, yang cerdik, yang sayang kat Abang dan adik2 dan yang soleh. Tapi tak boleh main ambik2..Ummi pun kena jadi baik dulu kalau nak cari ayah yang baik. Betul tak?"

Hik hik..tergelak abang sorang-sorang. Ish3, kena 'strong' betul nak jawab soalan2 'power' anak-anak ni, lebih-lebih lagi situasinya agak berbeza dari orang lain. Alhamdulillah, ilmu psikologi kanak-kanak yang Ummi belajar memang sangat membantu. Susah juga sebenarnya, sebab Ummi bercakap tentang perkara dewasa dan serius tetapi perlu di 'tune'kan rentak dan iramanya supaya anak 10 tahun boleh memahaminya.

Sungguhlah, sebenarnya Allah itu mengasihi hambaNya 26x lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya. Bukanlah perceraian dan perpisahan yang merosakkan anak-anak tetapi orang dewasa yang tidak mampu mengawal keadaan dan situasilah yang boleh menjadikan anak-anak goyang dan tidak mampu memahami keadaan. Bantuan Allah sangat Ummi perlukan dalam menghadapi kerenah anak. Moga bantuan Allah akan terus bersama Ummi dan anak-anak.

No comments: