Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


January 25, 2009

Apa Ummi & Anak-anak Buat Cuti Sekolah 2008? (2)

Projek "cookies & cake baking" Anak-anak & Ummi

Abang Hazeeq mencuba bakat buat topping kek. Abang Hazeeq memang minat bab masak-memasak ni. Ummi doakan Abang Hazeeq akan jadi Chef muslim mukmin yang terkenal suatu hari nanti...Amin! Hai, Angah tu belum apa-apa dah masuk mulut dulu ke?...

Angah dan Kak Hannan pula mencuba bakat membuat topping kek. Buatlah macamana pun nak, nanti korang juga nak makan, he3. Khusyuk sungguh mereka!

Angah, Kakak dan Adik menghias kek dengan manik hiasan. Masing-masing memang kreatif! Tengoklah kek dah bertukar berwarna-warni daripada kek asal yang kosong dan kelam."Eh Adik!, pegang sikit-sikit je ye, jangan masuk mulut dulu".

"We are presenting our new project Colourful Chocolate Cake. Ye!"


Time to eat! Ish...issh..masing-masing dah tak sabar menunggu Abang potong kek.

Ha, inilah dia orang yang paling seronok bila Ummi buat projek coklat. Licin tin coklat cair tu dikerjakan adik. Adik, Adik...

Latihan Solat Dhuha dengan Abang Long Arif
Alamak, leceh betullah maxis broadband ni. Lambat dan banyak kali tak berjaya 'upload' gambar. Ummi akan sambung lagi kisah anak-anak soleh dan solehah Ummi buat praktikal solat dhuha dengan Abang Long Arif di rumah nenek masa cuti sekolah lalu.

January 21, 2009

Apa Ummi & Anak-Anak Buat Cuti Sekolah 2008?

Kisah Duka Pembuka Cuti Sekolah

Sekolah telah bermula kembali awal Januari lalu. Lama sungguh rasanya Ummi telah tinggalkan blog, tidak mampu menghadap blog sebenarnya kerana wajah Abah terpampang di muka atas blog. Kini, telah lebih 60 hari Abah berpindah alam, sedih masih terasa tetapi hakikat harus ditelan jua. Cuti sekolahku pada akhir tahun 2008 ini bermula dengan kisah duka. Pemergian Abah, lelaki pertama dalam hidupku.

13 Nov 2008, aku mendapat sms paling 'tidak diingini' dari abangku, "Abah just passed away". MasyaAllah! Tuhan
sahaja yang tahu hatiku pada saat itu. Ketika itu aku sedang berseminar di USIM, Nilai. Panik, terperanjat membuat aku mengambil langkah spontan mencuit rakan sebelah menunjukkan sms tersebut. Rakan sebelah lantas bertanya "Akak ok?". Pertanyaan itu yang mengejutkan aku dari panik dan baru kusedar aku tidak ok! Air mata merembes tanpa dapat kutahan-tahan. Tanpa berkata panjang, beg kuangkat dan terus keluar dari Dewan Seminar. Gambar di atas adalah kenangan bersama arwah Abah semasa Aidil Fitri 1429H lalu. Sehingga kini aku belum mampu menatap lama gambar-gambar tersebut, kesedihan masih belum hilang.

"Summer Camp" Anak-anak Soleh Ummi

Minggu kedua cuti sekolah, walaupun masih dalam kesedihan Ummi teruskan juga aktiviti untuk anak-anak yang telah dirancang awal. 2 orang anak soleh Ummi mendaftar 'Summer Camp' di Mappetra, Sg. Lui, Hulu Langat anjuran Akrab Consultancy. Gambar di atas Ummi bersama anak-anak (berkopiah) dan sepupu-sepupu mereka semasa sesi pendaftaran.

Projek "Cookies & Cake Baking" Anak-anak & Ummi

Ummi dan anak-anak bersama-sama buat projek di dapur. Anak-anak sangat teruja dan seronok diberi peluang membuat sendiri biskut chocolate cornflakes. Lihatlah di atas tu, mereka tenggelam dalam dunia biskut dan coklat! Terutama si kecil di bawah ni. Sambil menyelam minum air...Coklat cair hilang dari dalam mangkuk ke mulutnya sendiri! Cerdik...cerdik..memang anak yang cerdik..Amin!

Selepas biskut, kami bersama-sama pula membuat kek coklat. Anak-anak diberi tugas menghias kek dengan coklat topping dan manik-manik hiasan. hmm...seronok dan bersemangat sungguh anak-anak Ummi bermain coklat dan pisau penghias. Hasilnya..da...!

Cantiknya mulut Adik tu!

Seminar Kaunselor Sekolah di UTP, Tronoh Perak

Bersama sahabat baru kaunselor dari Pahang

Bermula 10 Disember hingga 13 Disember, aku ke Perak untuk mengikuti seminar Kaunselor Sekolah anjuran Petronas. Semua anak-anak kubawa beserta Auntie. Anak-anak dan Auntie bermalam di rumah Mak Ani yang terletak di Bandar Universiti hanya 3 minit dari Universiti Teknologi Petronas, tempat aku berseminar.

Peserta seminar diberi taaruf tentang Petronas dan badan lain di bawah Petronas seperti Pertosains, UTP, Bahagian Minor Scholarship, dan lain-lain. Sesi motivasi bersama Dr. Sher Kawi sangat meriah dan menarik. Kaunselor-kaunselor dari seluruh Malaysia terlibat, jadi ini juga merupakan ruang berjumpa dan berkenalan dengan kaunselor-kaunselor dari seluruh negara. Selesai seminar aku perlu bergegas ke Morib pula untuk agenda yang lain.

Majlis Pengijazahan Sijil Perubatan Islam

Pada pertengahan Disember 2008, aku dengan rasminya telah tamat mengaji ilmu Perubatan Islam dari tokoh terkenal pengasas Darus Syifa', Yang Berbahagia Ustaz Dato' Dr. Haron Din. Majlis diadakan di Kem El-Azhar, Morib. Walaupun dalam kelam-kabut kerana aku baru selesai berkursus di UTP, Tronoh, Perak, namun Alhamdulillah aku dapat bersama sahabat-sahabat sepengajian menadah restu dari Tuan Guru. Lebih 350 orang yang diijazahkan. Gambar di atas adalah sebahagian pelajar wanita. Aku pula sangat gembira kerana berpeluang bergambar eksklusif dengan Ustaz dan anak bongsunya, Hana bersama 2 orang adik-beradik dari Raub ini.

Ilmu yang ditimba tidaklah melayakkan aku menjadi seperti Ustaz, jauh sekali. Namun Alhamdulillah dengan ilmu tersebut menambah rasa dekat dengan Sang Pencipta atas keluasan lautan ilmunya dan bolehlah dipraktik terutama untuk diri sendiri dan keluarga. Moga Allah kurniakan keberkatan dan kesihatan kepada Tuan Guru dan dapat terus menyebar ilmu dan kepakaran dalam bidang Perubatan Islam ini.

Ustaz, Hana(anak bongsu Ustaz), Jun, Uda & Aku
selepas majlis selesai.

Ada lagi kisah semasa cuti sekolah yang ingin aku catatkan di sini. Namun, gambar-gambar agak sukar di'upload' hingga menjadikan aku bertapa berjam-jam depan komputer. Aku memang kurang puas hati dengan perkhidmatan maxis broadband ni, talian internet selalu terputus dan mengambil masa panjang menunggu 'loading'. Sampai sini dululah kali ini, aku akan sambung lagi kisah cuti sekolah ni dalam post yang lain, Insya Allah.