Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


July 30, 2008

Isra' Mi'raj; antara sambutan dan penghayatan

Apabila tiba Isra' Mikraj ummi tak boleh tidak pasti terkenang saudara2 kita di Palestin yang sedang menderita bahana pencerobohan Israel laknatullah. Palestin adalah bumi israk mikraj, di bumi inilah Nabi kita yang tercinta mengikat sang buraq di Tembok Buraq (yang kini menjadi Tembok Meratap (Yahudi) dan kemudian Nabi naik ke langit dunia dari kubah As Sakhrah seterusnya ke tingkatan langit yang lain secara berperingkat. Peristiwa demi peristiwa yang dirakam melalui hadith menceritakan kisah perjalanan penuh misteri ini. Peristiwa2 tersebut terus didendangkan ke telinga kita saban tahun supaya kita mengambil pengajarannya. Namun sedarkah kita penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada kita melalui agenda besar si Yahudi melalui gerakan Zionismenya. Setakat mana agaknya penghayatan kita itu? Sekadar menonton kekejaman dan penghinaan di kaca TV lewat gambaran Berita? Lupakah kita pada Masjid Al-Aqsa yang sedang dipijak2 Yahudi pada ketika ini dahulunya adalah tempat berpijaknya kaki yang mulia Rasul kita, Muhammad SAW? Sekadar menonton sahajakah kita apabila terbongkarnya kisah terowong yang digali oleh Israel di bawah Al-Aqsa demi melunaskan agenda 'besar' mereka?


Isra' mi'raj datang kembali, moga Ummi tidak tergolong bersama-sama mereka yang lupa dan buat-buat lupa atau tidak tahu dan tak mahu pun ambil tahu sejarah kita...Alangkah pilunya Rasulullah jika melihat kita pada ketika ini bersenang dengan harta dan kemewahan sedangkan saudara2 kita di sana kelaparan dan di 'lapah' sesuka hati. Marilah sama-sama kita belajar dari kisah si burung kecil yang membawa air dengan paruhnya untuk memadam api yang membakar Nabi Allah Ibrahim. Tidak mungkin air di dalam paruh kecil itu mampu memadam api raksasa yang sedang menggila namun sang burung berpegang pada prinsip 'biar sedikit jangan tiada'. Apa pula prinsip kita?


Justeru, marilah bersama Aman Palestin Bhd. (NGO tidak bermotifkan keuntungan) menyumbang apa yang termampu untuk membantu saudara2 kita di sana menebus maruah yang tercarik. Silalah layari laman web Aman Palestin pada ruangan Jom melawat dan tinjau-tinjaulah bentuk bantuan yang boleh kita hulurkan. Moga ia bakal menjadi amal jariah bekal kita di 'sana' nanti, tempat yang pasti akan kita kembali. Palestin pasti kembali ke tangan mukminun seperti yang telah dibuktikan oleh Salahuddin Al Ayyubi dan tenteranya.



Salam Isra' Mi'raj 1429H

No comments: