Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


August 23, 2008

MAHA- nature is educating us

MAHA Expo at MAEPS, Serdang recently had given ummi a golden once in two years opportunity to spend with my dearest children, a 2in1 family activity- sight seeing plus educating. Why? and how?

This will answer the question 'why'. This was just the right relaxing and educating event to share with the kids. They were happy, and learnt a 'survival knowledge' through nature and God's creation. Of course not to forget an amazing suitable context to relate 'aqidah' with concrete elements. Thus, ummi did my indoctrination of 'rububiyah' and 'uluhiyyah' here.

How? Masya Allah, that was just a beautiful moment sharing with the kids critical thinking skills. "The nature is educating us, dear!" Looking at the cow, the lamb, the camel, the agriculture and others there actually looking at why God created them. There must be reason beyond every creation. Think..think and think, you'll find the answer.

"My dear kids, every creature has specific function in this world. The physical nature they possess tells us what are their 'jobs'. So, if they have 'jobs', what about us? human..."

The conversations between ummi and the kids went on during that relaxing tour, for hours... The pictures below tell thousands words about it...







August 18, 2008

...al-jarr qabla ad-dar...

Alhamdulillah, suatu kejadian yang buruk berjaya dicegah melalui keprihatinan jiran-jiran yang baik dan bertanggung-jawab. Apa kisahnya ni?

Semalam, semasa berada dalam kelas perubatan islam bersama Tn. Guru Ustaz Dato' Dr. Haron Din di Darus Syifa', ummi terima 'miss call' yang bertalu-talu dari tuan rumah. Biasanya memang tak jawab telefon semasa kelas dan telefon pun dah di'silent'kan. Tapi, melihat miss call yang sudah hampir 10x, ummi pun jawab panggilan Cik Mun tersebut.

Cik Mun: "Ani, tak ada di rumah ye?"
Ummi : "Iye lah cik, saya ada kelas sekarang."
Cik Mun : "Tadi Cik Nyonya telefon dan tanya kalau-kalau Ani ada upah cina bersihkan rumah. Cina tu tengah sapu 'porch' rumah Ani sekarang."
Ummi :(berderau darah ummi, cina mana pulak ni??) "Cina cik? Saya tak ada upah sesiapa pun bersihkan rumah. Siapa pula ye tu? Tak apalah saya telefon cik Nyonya sekarang ye."

Cik Nyonya jiran sebelah rumah ummi rupanya telah menelefon tuan rumah, Cik Mun setelah melihat ada seorang wanita tua berbangsa Cina sedang elok menyapu ruang kereta rumah ummi seolah-olah menyapu rumah sendiri...hehe, macam-macam orang boleh buat ye...dunia demokrasi dan liberal, dia pun nak demokrasi dan liberal kat rumah orang, mana boleh!

Apa jadi lepas tu? Ummi pun telefon Cik Nyonya jiran sebelah rumah.
Ummi : (Alamak, pakcik pulak jawab, bolehlah...)"Assalamualaikum cik, Ani ni. Tadi Cik Mun bagitau ada cina tua tengah menyapu kat rumah Ani ye?.'
Pakcik : "Aah ni Ani. Cuba Ani balik tengok. Dia ada kat sini lagi ni, tak mahu berganjak pulak dari rumah."
Ummi : "Saya tak kenal dan tak ada upah sesiapa bersihkan rumah hari ni pakcik. Saya pulak ada kelas sekarang. Boleh tak pakcik tolong sergah dia dan suruh dia pergi?"
Pakcik : "Kami dah suruh dia pergi tapi dia degil dan tidur pulak kat tepi tu."
Ummi : (Aik! Siap tidur lagi?? Siapa pulak lah yang berminat ngan rumah ummi ni?hehe.) "Ehm, saya tak boleh balik sekarang ni pakcik. Tak apalah, nanti balik saya ajak abang saya pergi tengok. Rumah tu saya kunci dah semua pintu, cuma lampu memang saje dibuka."

Ada juga rasa lucunya, siap menyapu tidur pulak kat depan rumah tu. Bersih rumah ummi dibuatnya. Ad hikmah, tapi tak boleh ambil risiko. Ummi pun terus fokus dengan kuliah, walaupun sekali sekala fikiran tu lari juga ke rumah, risau juga dan rasa takut pula nak balik.

Apa agaknya yang terjadi ye...

Pukul 10.15pm, jiran yang lain pula telefon. Kak Mazyon juga sahabat guru di sekolah yang sama dengan ummi. Miss call dah 7x, terperanjat ummi dibuatnya, sebab telefon di'silent', tak perasan ada call masuk.
K.Mazyon : "Ani kat mana ni? Kenapa bising-bising dan ada polis depan rumah Ani tu?"
Ummi : (Alamak! Kes polis pulak ke? Ish3,tambah risau ummi) "Ha, ye ke kak? Ada orang cina kat depan rumah tu tadi...jiran sebelah panggil polis kot?."
K.Mazyon : "Ha, tu lah.Risau saya tengok ni."
Ummi :"Tak apa kak, kejap lagi saya balik. Terima kasih ye kak sebab bagitau ni."

Hem...Makin panjang pulak kes cina tua ni. Ummi tambah risau, tapi rasanya bila lihat muka Ustaz, kurang sedikit rasa risau tersebut...Betul!Psikologi tu...Orang warak kan, itulah kelebihannya.

Ummi terus telefon abang zali ajak ke rumah nak tengok kelam-kabut yang berlaku tu. Dan alhamdulillah, K.Hidayah dan suami, Fairuz sanggup nak temankan ummi balik.Bertuahnya ada sahabat2 baik ni. Terima kasih bagi kali yang tak tahu ke berapa lah ye kak Hidayah dan suami...

Sampai di depan rumah...keadaan tenang sahaja, macam tiada apa-apa yang telah berlaku. Kak Hidayah dan suami pun turun jenguk2 rumah. Pintu pagar tertutup kemas, tadi ummi tinggalkan terbuka.Cik Nyonya pula tiada kat rumah. Nak tanya siapa ni??Nak masuk rasa cuak juga...

Ummi nampak En. Yusuf di depan rumah dan terus berkejar nak bertanya kalau2 dia tahu apa yang telah berlaku. Hem...rupanya cina tua tersebut dah ditangkap oleh polis. Dia tak mahu keluar dari 'porch' rumah ummi tu walaupun jiran2 dah suruh keluar. Akhirnya, jiran2 sepakat panggil polis. Itulah akhirnya terpaksalah jadi satu kes polis pula malam tu.

Suspen, risau, lucu, semuanya ada rasanya dalam kisah tak disangka ni. Ye lah...ada pengajarannya juga. Ummi tinggalkan rumah dengan pagar terbuka. Ada sebab juga tu...takut balik malam2 sorang2 jadi pagar dah readykan terbuka, biar cepat dapat masuk rumah, tapi lain pula jadinya ye.

Pengajaran paling besar dan kesyukuran tak terkira padaNya adalah pada dua perkara bagi ummi. Anak-anak ummi 'take-note' yang ini ye...Sangat signifikan dan relevan bila agama kita meletakkan jiran itu salah satu punca kebahagiaan hidup kita. Betul Kan? Apa tidaknya...jika jiran2 'care' dan prihatin seperti kisah ummi ni, bukankah itu sangat membantu, memudahkan malah menyelamatkan. Cina itu mungkin boleh berbuat perkara yang lebih buruk seperti pecah rumah dan sebagainya. Tetapi, adanya jiran2 yang prihatin dan 'care' ini perkara buruk dapat dicegah. Betul sangat "...al-jarr qabla ad-dar...'Maksudnya kenali jiran dahulu sebelum pilih rumah/kawasan rumah.

Satu lagi, syukur tak terkira, ada keluarga dan sahabat yang 'care' dan tahu bagaimana untuk 'care'. Terima kasih abang zali yang sanggup datang walaupun dah tidur masa tu...a.zali datang selepas k.Hidayah dan suami balik.Juga terima kasih pada k.Hidayah dan suami, pada ieja yang sudi nak temankan ummi balik ke rumah masa di kelas malam tu dan bertanya lagi perkembangan kisah ni pagi ini. Syukran..syukran..syukran. Hanya ALLAH yang balas kebaikan2 antum.Sedih juga ummi sebenarnya...yelah...dengan status 'disable' sekarang ni, setiap situasi harus ditangani sendirian. Tapi masih ada insan2 yang digerakkan Allah untuk 'care' dan bantu...

Sayangnya Allah pada kita ni ye...Walaupun kita insan berdosa dan selalu lupakan DIA, namun DIA tetap setia menghulur bantuan pada saat-saat genting gitu. Itulah...DIA sayangkan kita lebih dari skasih seorang ibu kepada anak2nya.

"Ingatlah Allah pada masa senangmu, nescaya dia akan ingat kamu ketika susahmu"

August 11, 2008

Terapi Solat Tahajud



Ummi baru membaca satu kajian PHD yang dijalankan oleh Dr. Mohammad Salleh dari Indonesia. Kajian ini telah dibukukan dengan tajuk "Terapi solat Tahajud Mukjizat Penyembuh Penyakit". Bukti saintifik melalui kaedah psikoneuroimunologi telah diperoleh dan jelas menunjukkan betapa hebatnya kesan tahajud kepada psikologi manusia. Solat wajib itu sendiri mengandungi hikmah yang besar dan bernilai jika didirikan dengan kemas dan cukup rukun syaratnya.




Ummi suka nak petik kelebihan yang bakal diperoleh jika membaca buku ini:



  • penemuan-penemuan saintifik melalui kaedah psikoneuroimunologi mengenai kuasa penyembuhan yang dihasilkan melalui solat tahajud;
  • teknik dan panduan praktikalbagi mewujudkan keyakinan mengenai mukjizat solat tahajud;
  • bukti dan fakta-fakta benar yang dapat meningkatkan keyakinan mengenai mukjizat solat tahajud.
Penulisnya, Dr Mohammad Salleh adalah pengasas klinik terapi solat tahajud yang terletak di masjid al-Akbar, Surabaya, Indonesia. Ramai orang telah mendapat manfaat daripada klinik itu dan yang paling utama, bertambah kekuatan rohaniah. Ini menjadi bukti, hasil kajian beliau yang melayakkannya mendapat gelaran doktor falsafah ini adalah benar. Justeru, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi antara individu yang memanfaatkan mukjizat ini. - dari buku 'Terapi Solat Tahajud Mukjizat Penyembuh Penyakit'

Peringatan Buat Diriku yang Lupa



Anak Kita sentiasa Belajar...
Jika anak hidup dalam kritikan,
Dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam kekasaran,
Dia belajar melawan orang lain.
Jika anak hidup dalam ketakutan,
Dia belajar menjadi pengecut.
Jika anak hidup dalam iri hati,
Dia belajar rasa bersalah.
Jika anak hidup dalam kesabaran,
Dia belajar jadi penyabar.
Jika anak hidup dalam galakan,
Dia belajar menjadi yakin.
Jika anak hidup dalam pujian,
Dia belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam persetujuan,
Dia belajar menyayangi diri sendiri.
Jika anak hidup dalam kejujuran,
Dia belajar memahami kebenaran.
Jika anak hidup dalam keadilan,
Dia belajar bersikap adil.
Jika anak hidup dalam keselamatan,
Dia belajar meyakini diri dan percaya orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan,
Dia belajar menyayangi masyarakat

-Dorothy Law Nolte

August 10, 2008

Sembang Abang & Ummi

Semalam semasa dalam perjalanan menghantar Abang untuk balik ke rumah Walid, tercetuslah soalan2 'maut' Abang yang ummi percaya hadir dari dirinya yang tulus dan telus. Hanya abang seorang bersama Ummi hujung minggu ini kerana adik2 bersama Walid.

Abang : "Umi, berpisah tu tak apa ke?"

Ummi : "Ehm, tak berapa baguslah, Allah tak suka. Tapi, Allah beri dan izin juga mungkin ada
kala berpisah lebih baik dari bersama. Tapi bang, berpisah lebih baiklah dari bergaduh
berterusan." Ummi cuba nak beri anak teruna ni faham apa yang sedang dilalui, walaupun sembang2 ni nampaknya agak dewasa dan serius isunya.

Ummi : "Ummi dan Walid dah berpisah, Allah izinkan ada sebablah. Tapi, ummi tak gaduhkan dengan Walid?" Persoalan tu sengaja Ummi cetuskan untuk beri Abang faham dalam kes Ummi ini berpisah lebih baik dari bersama.

Abang : "Ada dulu Ummi gaduh, Ummi tak ingat ke? Masa tu Ummi nangis dan terduduk kat sofa perlahan-lahan dan Walid pun keluar rumah."

Ummi :(Alamak, anak aku ni ke situ pula dia, itu kes lama. Apapun kena jawab juga ni) "Yelah Abang, Ummi ni manusia biasa. Ummi sedih sangat masa tu dan bila nak bercakap dengan Walid pun dah tak boleh. Maksud Ummi, sekarang ni Ummi tak gaduh pun dengan Walid kan? Yang berpisah Ummi dan Walid, tapi Abang tetap ada Ummi dan tetap ada Walid. Abang jangan sedih sebab Abang tak hilang apa2 pun, tapi Allah tambah lagi pula nikmat, ada 2 rumah, ada 2 ibu. kan 'special' tu. Ummi yang patutnya sedihkan? Sebab Ummi yang hilang Walid dan dah tak ada orang sayang Ummi. Tapi Ummi selalu ingat Allah sayang kita lebih besar dari manusia sayang kita jadi Ummi cuba sabar. Sabar dapat pahalakan?"

Terdiam lama anak Ummi sorang ni...Berfikirlah tu. Moga Allah bantu Ummi nak permudahkan Abang memahami situasinya sekarang.

Abang : "Ummi cepatlah ambil ayah."

Ummi : He he..tergelak Ummi dengan soalan 'power' Abang ni. "mana boleh main ambik2 bang.. Ummi kenalah cari dan tunggu ayah yang baik, yang pandai, yang cerdik, yang sayang kat Abang dan adik2 dan yang soleh. Tapi tak boleh main ambik2..Ummi pun kena jadi baik dulu kalau nak cari ayah yang baik. Betul tak?"

Hik hik..tergelak abang sorang-sorang. Ish3, kena 'strong' betul nak jawab soalan2 'power' anak-anak ni, lebih-lebih lagi situasinya agak berbeza dari orang lain. Alhamdulillah, ilmu psikologi kanak-kanak yang Ummi belajar memang sangat membantu. Susah juga sebenarnya, sebab Ummi bercakap tentang perkara dewasa dan serius tetapi perlu di 'tune'kan rentak dan iramanya supaya anak 10 tahun boleh memahaminya.

Sungguhlah, sebenarnya Allah itu mengasihi hambaNya 26x lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya. Bukanlah perceraian dan perpisahan yang merosakkan anak-anak tetapi orang dewasa yang tidak mampu mengawal keadaan dan situasilah yang boleh menjadikan anak-anak goyang dan tidak mampu memahami keadaan. Bantuan Allah sangat Ummi perlukan dalam menghadapi kerenah anak. Moga bantuan Allah akan terus bersama Ummi dan anak-anak.

Majlis Amal Selamatkan Al-Quds

Pintu masuk Dewan dihias khas untuk program Majlis Amal ini. Sukarelawan yang bertugas bersedia dengan tugas masing-masing.



Suasana di dalam Dewan semasa majlis baru bermula.



Ummi dan Ee bersedia menunggu pendaftaran tetamu.


Kisah menarik disebalik motor ini yang disumbangkan kepada Aman Palestin untuk dilelong semasa Majlis Amal. Seorang dermawan dari Indonesia adalah pemilik motor ini yang akhirnya berjaya dilelong dengan harga melebihi Rm5k. Hebat sungguh semangat dermawan tersebut.

July 30, 2008

Isra' Mi'raj; antara sambutan dan penghayatan

Apabila tiba Isra' Mikraj ummi tak boleh tidak pasti terkenang saudara2 kita di Palestin yang sedang menderita bahana pencerobohan Israel laknatullah. Palestin adalah bumi israk mikraj, di bumi inilah Nabi kita yang tercinta mengikat sang buraq di Tembok Buraq (yang kini menjadi Tembok Meratap (Yahudi) dan kemudian Nabi naik ke langit dunia dari kubah As Sakhrah seterusnya ke tingkatan langit yang lain secara berperingkat. Peristiwa demi peristiwa yang dirakam melalui hadith menceritakan kisah perjalanan penuh misteri ini. Peristiwa2 tersebut terus didendangkan ke telinga kita saban tahun supaya kita mengambil pengajarannya. Namun sedarkah kita penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada kita melalui agenda besar si Yahudi melalui gerakan Zionismenya. Setakat mana agaknya penghayatan kita itu? Sekadar menonton kekejaman dan penghinaan di kaca TV lewat gambaran Berita? Lupakah kita pada Masjid Al-Aqsa yang sedang dipijak2 Yahudi pada ketika ini dahulunya adalah tempat berpijaknya kaki yang mulia Rasul kita, Muhammad SAW? Sekadar menonton sahajakah kita apabila terbongkarnya kisah terowong yang digali oleh Israel di bawah Al-Aqsa demi melunaskan agenda 'besar' mereka?


Isra' mi'raj datang kembali, moga Ummi tidak tergolong bersama-sama mereka yang lupa dan buat-buat lupa atau tidak tahu dan tak mahu pun ambil tahu sejarah kita...Alangkah pilunya Rasulullah jika melihat kita pada ketika ini bersenang dengan harta dan kemewahan sedangkan saudara2 kita di sana kelaparan dan di 'lapah' sesuka hati. Marilah sama-sama kita belajar dari kisah si burung kecil yang membawa air dengan paruhnya untuk memadam api yang membakar Nabi Allah Ibrahim. Tidak mungkin air di dalam paruh kecil itu mampu memadam api raksasa yang sedang menggila namun sang burung berpegang pada prinsip 'biar sedikit jangan tiada'. Apa pula prinsip kita?


Justeru, marilah bersama Aman Palestin Bhd. (NGO tidak bermotifkan keuntungan) menyumbang apa yang termampu untuk membantu saudara2 kita di sana menebus maruah yang tercarik. Silalah layari laman web Aman Palestin pada ruangan Jom melawat dan tinjau-tinjaulah bentuk bantuan yang boleh kita hulurkan. Moga ia bakal menjadi amal jariah bekal kita di 'sana' nanti, tempat yang pasti akan kita kembali. Palestin pasti kembali ke tangan mukminun seperti yang telah dibuktikan oleh Salahuddin Al Ayyubi dan tenteranya.



Salam Isra' Mi'raj 1429H