Alhamdulillah, suatu kejadian yang buruk berjaya dicegah melalui keprihatinan jiran-jiran yang baik dan bertanggung-jawab. Apa kisahnya ni?
Semalam, semasa berada dalam kelas perubatan islam bersama Tn. Guru Ustaz Dato' Dr. Haron Din di Darus Syifa', ummi terima 'miss call' yang bertalu-talu dari tuan rumah. Biasanya memang tak jawab telefon semasa kelas dan telefon pun dah di'silent'kan. Tapi, melihat miss call yang sudah hampir 10x, ummi pun jawab panggilan Cik Mun tersebut.
Cik Mun: "Ani, tak ada di rumah ye?"
Ummi : "Iye lah cik, saya ada kelas sekarang."
Cik Mun : "Tadi Cik Nyonya telefon dan tanya kalau-kalau Ani ada upah cina bersihkan rumah. Cina tu tengah sapu 'porch' rumah Ani sekarang."
Ummi :(berderau darah ummi, cina mana pulak ni??) "Cina cik? Saya tak ada upah sesiapa pun bersihkan rumah. Siapa pula ye tu? Tak apalah saya telefon cik Nyonya sekarang ye."
Cik Nyonya jiran sebelah rumah ummi rupanya telah menelefon tuan rumah, Cik Mun setelah melihat ada seorang wanita tua berbangsa Cina sedang elok menyapu ruang kereta rumah ummi seolah-olah menyapu rumah sendiri...hehe, macam-macam orang boleh buat ye...dunia demokrasi dan liberal, dia pun nak demokrasi dan liberal kat rumah orang, mana boleh!
Apa jadi lepas tu? Ummi pun telefon Cik Nyonya jiran sebelah rumah.
Ummi : (Alamak, pakcik pulak jawab, bolehlah...)"Assalamualaikum cik, Ani ni. Tadi Cik Mun bagitau ada cina tua tengah menyapu kat rumah Ani ye?.'
Pakcik : "Aah ni Ani. Cuba Ani balik tengok. Dia ada kat sini lagi ni, tak mahu berganjak pulak dari rumah."
Ummi : "Saya tak kenal dan tak ada upah sesiapa bersihkan rumah hari ni pakcik. Saya pulak ada kelas sekarang. Boleh tak pakcik tolong sergah dia dan suruh dia pergi?"
Pakcik : "Kami dah suruh dia pergi tapi dia degil dan tidur pulak kat tepi tu."
Ummi : (Aik! Siap tidur lagi?? Siapa pulak lah yang berminat ngan rumah ummi ni?hehe.) "Ehm, saya tak boleh balik sekarang ni pakcik. Tak apalah, nanti balik saya ajak abang saya pergi tengok. Rumah tu saya kunci dah semua pintu, cuma lampu memang saje dibuka."
Ada juga rasa lucunya, siap menyapu tidur pulak kat depan rumah tu. Bersih rumah ummi dibuatnya. Ad hikmah, tapi tak boleh ambil risiko. Ummi pun terus fokus dengan kuliah, walaupun sekali sekala fikiran tu lari juga ke rumah, risau juga dan rasa takut pula nak balik.
Apa agaknya yang terjadi ye...
Pukul 10.15pm, jiran yang lain pula telefon. Kak Mazyon juga sahabat guru di sekolah yang sama dengan ummi. Miss call dah 7x, terperanjat ummi dibuatnya, sebab telefon di'silent', tak perasan ada call masuk.
K.Mazyon : "Ani kat mana ni? Kenapa bising-bising dan ada polis depan rumah Ani tu?"
Ummi : (Alamak! Kes polis pulak ke? Ish3,tambah risau ummi) "Ha, ye ke kak? Ada orang cina kat depan rumah tu tadi...jiran sebelah panggil polis kot?."
K.Mazyon : "Ha, tu lah.Risau saya tengok ni."
Ummi :"Tak apa kak, kejap lagi saya balik. Terima kasih ye kak sebab bagitau ni."
Hem...Makin panjang pulak kes cina tua ni. Ummi tambah risau, tapi rasanya bila lihat muka Ustaz, kurang sedikit rasa risau tersebut...Betul!Psikologi tu...Orang warak kan, itulah kelebihannya.
Ummi terus telefon abang zali ajak ke rumah nak tengok kelam-kabut yang berlaku tu. Dan alhamdulillah, K.Hidayah dan suami, Fairuz sanggup nak temankan ummi balik.Bertuahnya ada sahabat2 baik ni. Terima kasih bagi kali yang tak tahu ke berapa lah ye kak Hidayah dan suami...
Sampai di depan rumah...keadaan tenang sahaja, macam tiada apa-apa yang telah berlaku. Kak Hidayah dan suami pun turun jenguk2 rumah. Pintu pagar tertutup kemas, tadi ummi tinggalkan terbuka.Cik Nyonya pula tiada kat rumah. Nak tanya siapa ni??Nak masuk rasa cuak juga...
Ummi nampak En. Yusuf di depan rumah dan terus berkejar nak bertanya kalau2 dia tahu apa yang telah berlaku. Hem...rupanya cina tua tersebut dah ditangkap oleh polis. Dia tak mahu keluar dari 'porch' rumah ummi tu walaupun jiran2 dah suruh keluar. Akhirnya, jiran2 sepakat panggil polis. Itulah akhirnya terpaksalah jadi satu kes polis pula malam tu.
Suspen, risau, lucu, semuanya ada rasanya dalam kisah tak disangka ni. Ye lah...ada pengajarannya juga. Ummi tinggalkan rumah dengan pagar terbuka. Ada sebab juga tu...takut balik malam2 sorang2 jadi pagar dah readykan terbuka, biar cepat dapat masuk rumah, tapi lain pula jadinya ye.
Pengajaran paling besar dan kesyukuran tak terkira padaNya adalah pada dua perkara bagi ummi. Anak-anak ummi 'take-note' yang ini ye...Sangat signifikan dan relevan bila agama kita meletakkan jiran itu salah satu punca kebahagiaan hidup kita. Betul Kan? Apa tidaknya...jika jiran2 'care' dan prihatin seperti kisah ummi ni, bukankah itu sangat membantu, memudahkan malah menyelamatkan. Cina itu mungkin boleh berbuat perkara yang lebih buruk seperti pecah rumah dan sebagainya. Tetapi, adanya jiran2 yang prihatin dan 'care' ini perkara buruk dapat dicegah. Betul sangat "...al-jarr qabla ad-dar...'Maksudnya kenali jiran dahulu sebelum pilih rumah/kawasan rumah.
Satu lagi, syukur tak terkira, ada keluarga dan sahabat yang 'care' dan tahu bagaimana untuk 'care'. Terima kasih abang zali yang sanggup datang walaupun dah tidur masa tu...a.zali datang selepas k.Hidayah dan suami balik.Juga terima kasih pada k.Hidayah dan suami, pada ieja yang sudi nak temankan ummi balik ke rumah masa di kelas malam tu dan bertanya lagi perkembangan kisah ni pagi ini. Syukran..syukran..syukran. Hanya ALLAH yang balas kebaikan2 antum.Sedih juga ummi sebenarnya...yelah...dengan status 'disable' sekarang ni, setiap situasi harus ditangani sendirian. Tapi masih ada insan2 yang digerakkan Allah untuk 'care' dan bantu...
Sayangnya Allah pada kita ni ye...Walaupun kita insan berdosa dan selalu lupakan DIA, namun DIA tetap setia menghulur bantuan pada saat-saat genting gitu. Itulah...DIA sayangkan kita lebih dari skasih seorang ibu kepada anak2nya.
"Ingatlah Allah pada masa senangmu, nescaya dia akan ingat kamu ketika susahmu"
No comments:
Post a Comment