Cinta ILAHI, Celik Hati, Tajam Aqli,

Terbina Peribadi...


August 27, 2008

Anak aku anak engkau, anak engkau anak aku-sembang manfaat muslimat

Pada pagi ahad lalu, ummi telah mengisi satu ruang 'sembang manfaat muslimat' di Surau Al-Muhajirin, Tmn Sri Melor. Laporan kariah surau tersebut dalam blog mereka ummi ekstrak untuk koleksi peribadi...terima kasih.

24 Ogos 2008, 9 pagi- bertempat di surau Al-Muhajirin telah diadakan program ceramah khusus untuk ibu-ibu bertajuk “Anak aku anak engkau. Anak engkau, anak aku”.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Norainy Othman, kaunselor bertauliah dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam ceramahnya, Puan Norainy telah menekankan tentang peri pentingnya komuniti mendidik @ mendekati anak-anak ini melalui teknik-teknik kaunseling:

Bina kepercayaan/rapport-merapatkan jurang fizikal dan emosi dengan anak-anak dan kawan-kawan anak-anak kita.
Bina ‘network’ jiran prihatin .
Kenal siapa kawan-kawan anak/anak jiran kita
Ikut tahap perkembangan anak. Sebagaimana saranan Saidina Ali k.w.j ,
· 0-7 tahun: belajar sambil bermain
· 8-14 tahun: dididik dengan disiplin. Contohnya, kenalkan mereka dengan jadual waktu.
· 15-21 tahun: jadikan kawan. Guna pendekatan bincang ‘heart-to-heart’ dan bercakap menggunakan ‘bahasa’ anak.

Pola komunikasi – gunakan gaya bahasa yang sesuai untuk anak 2 tahun dengan anak usia 15 tahun.

Gunakan pendekatan bercerita – sirah / sketsa / sejarah. Pendekatan ini mengaktifkan otak kanan. Disebutkan juga muzik dan muzik yang paling harmoni adalah alunan ayat-ayat Quran.
Hubungan membantu. Bantuan dari sudut emosi bagaimana menghindarkan diri/wujudkan perasaan benci dari terjebak dari kancah dosa-dosa kecil mahupun dosa besar.

Banyak fakta, tips dan cerita pengajaran yang dapat beliau kongsikan. Diharapkan dari program ini, muslimat mengambil intipati ceramah dan mengadaptasikan dalam kehidupan mengikut kemampuan mereka.

No comments: